Friday, August 14, 2009

"Malam seribu Bintang Sejuta Kenangan" sesi dis-apr 09











PROGRAM KEPIMPINAN BUKIT LARUT PERAK (SESI JULY-NOV 08)



Eh, kita berada di mana ni? Haaa... Selamat datang ke Bukit Larut, Perak.
Di kaki Bukit Larut inilah ahli PEERS mengasah sifat kepemimpinan yang ada dalam diri mereka melalui program "Kem Kepimpinan Bukit Larut".

Objektif kem ini, seperti juga namanya, diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada ahli PEERS mengekspresikan kebolehan mereka sebagai seorang pemimpin melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Di sinilah dapat kita dengarkan suara-suara yang dahulunya sayup kedengaran kini kian lantang mengutus hujah-hujah bernas.

Daripada program ini juga, kami dapat mengenalpasti ahli PEERS yang berbakat besar dalam bidang kepimpinan bagi menerajui Persatuan Peer Counselor pada fasa-fasa yang seterusnya. Hal ini sangat penting dan kritikal agar persatuan terus 'hidup' dan bergerak aktif pada setiap penggal.

Mengapa tema 'kepimpinan' dipilih?
Manusia diciptakan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Maka, kita seharusnya tahu bahawa setiap seorang daripada kita adalah pemimpin. Sekurang-kurangnya kita adalah pemimpin pada diri kita sendiri.

Dari sudut itu, timbullah kesedaran akan betapa pentingnya melahirkan sifat kepemimpinan yang ada dalam diri kita.
Tambahan pula, sebagai generasi muda a.k.a pelapis generasi pemimpin masa kini, adalah penting bagi kita melatih diri menjadi seorang pemimpin yang bakal menerajui negara pada masa hadapan.

Atas kesedaran ini, maka Kem Kepimpinan Peers telah diadakan dan dijadikan program berterusan bagi persatuan kami setiap tahun.

ukhuwah ramadhan & hari anugerah peers



Tibalah bulan Ramadhan al-Mubarak, bulan yang diselubungi keberkatan. Umat Islam berlumba-lumba melakukan ibadah demi mengejar keredhaanNya. Begitu juga Persatuan Peer Counselor tidak ketinggalan melepaskan peluang tersebut.

Bersempena bulan penuh kemuliaan ini, kami mengadakan program
"Ukhuwah Ramadhan & Hari Anugerah PEERS"
bagi menjalin dan mengukuhkan silaturrahim sesama ahli PEERS,
serta mengiktiraf biro terbaik dan individu yang telah banyak menabur bakti sepanjang berkhidmat di dalam persatuan ini.

Seramai 70 orang ahli PEERS membanjiri Bilik Perdana I seawal jam 6.30 petang bagi acara berbuka puasa. Setelah selesai menjamu selera, peserta beransur menunaikan solat Maghrib di surau berdekatan di Bangunan Perdana tersebut.
Seterusnya, majlis penyampaian anugerah bagi Biro Terbaik, dan hadiah individu seperti ahli PEERS paling berdedikasi, ahli PEERS baru berpotensi, dan banyak lagi.

Bagi menyerikan lagi program ini, kami adakan suatu acara yang cukup istimewa iaitu majlis pertukaran hadiah. Ahli PEERS yang hadir dikehendaki membawa hadiah setiap seorang mengikut keinginan dan kreativiti masing-masing, dikumpulkan dan ditampal nombor. Peserta juga telah diberi nombor semasa pendaftaran. Kemudiannya, acara ini dijalankan seperti juga cabutan bertuah.

Pelbagai ragam dan aksi dapat dirakamkan di saat para peserta membuka hadiah mereka. Ada yang pernah menerima sebuah frame berisi gambar Family Day Peers. Ada yang menerima plushie, kraftangan buatan sendiri dan 1001 rupa hadiah yang menarik lagi bermakna.

Begitulah bermakna dan meriahnya majlis ini. Tidak sabar rasanya menanti Ramadhan pada tahun hadapan. Semoga berjumpa lagi!

Sunday, August 9, 2009

BENGKEL PENGURUSAN ORGANISASI PEERS SESI JULY-NOV 08



Bengkel Pengurusan Organisasi Peers merupakan salah satu program yang sentiasa dikendalikan Persatuan Peer Counselor setiap semester. Jumlah peserta yang mengikuti bengkel ini mencecah 25-30 orang peserta terdiri daripada ahli PEERS sendiri, dan kebiasaannya dijalankan pada hari Sabtu pagi di Bilik Kuliah Annex.

Program ini memberi pendedahan kepada ahli PEERS khususnya mengenai prosedur bagi menjalankan program yang dipohon kepada Hal Ehwal Pelajar (HEP). Peserta diajar teknik-teknik serta ilmu yang diperlukan bagi mendapat kelulusan program seperti:

~Cara mengisi borang C
~Menetapkan peruntukan/belanjawan program
~Menubuhkan jawatankuasa program
~Menetapkan objektif program tersebut

Sesi pertama merupakan taklimat mengenai apa itu organisasi, masalah yang selalu dihadapi semasa perancangan & permohonan program, dan sedikit intipati kepimpinan turut diserapkan dalam bengkel ini.

Sesi kedua adalah di mana para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diminta merancang aktiviti tersendiri bagi setiap kumpulan berdasarkan teknik serta ilmu yang diajar pada sesi pertama. Kemudian, pembentangan kumpulan dilakukan.

Antara objektif program serta aktiviti ini:
~Mengenali dengan mendalam makna organisasi serta prinsip pengurusan.
~Melatih ahli PEERS agar berkebolehan merancang serta mendapat kelulusan program.
~Mendapat sumbangan idea mengenai program yang boleh dijalankan melalui aktiviti berkumpulan tadi.

Sebagai persatuan yang independent, bengkel ini sangat penting bagi melatih ahli persatuan agar program-program persatuan yang telah dirancang mendapat kelulusan dan berjaya ditempatkan dalam Kalendar Program bagi semester berkenaan, selain untuk mendapat peruntukan yang diperlukan bagi menjalankan program-program tersebut.

PROGRAM RAKAN MUDA WAWASAN IPT-SIMPANG TIGA,P.PENANG

SUTERA KASIH SESI JULY - NOV 08


Pada setiap permulaan semester, pasti akan berlangsung Annual Grand Meeting (AGM) persatuan serta sesi merekrut ahli baru, bukan?

Bagi Persatuan Peer Counselor UiTMPP, silaturrahim antara ahli dan persatuan amatlah penting. Maka dengan tujuan itu, kami mengadakan "Program Sutera Kasih" iaitu program orientasi antara ahli baru dan lama PEERS.

Objektif program ini adalah untuk memperkenalkan ahli baru tentang:
-> Apa itu Persatuan Peer Counselor?
-> Matlamat, visi dan misi persatuan.
-> Struktur kepimpinan persatuan iaitu Majlis Tertinggi & Penasihat persatuan.
-> Tanggungjawab & etika sebagai ahli PEERS.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah latihan dinamika kumpulan (LDK), sukaneka dan lain-lain yang mana bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim secara langsung dan tidak langsung.

Saturday, August 8, 2009

PROGRAM KEMBARA BIMBINGAN KASIH 08

Assalamualaikum semua.....
apa khabar?harap2nya sihat walafiat hendaknya.
maklumlah sejak simptomp H1N1 yang melanda negara kita ini amat membimbangkan sehingga mencatat kematian yang makin hari makin meningkat.Justeru itu,saya harap anda semua sentiasa berjaga2 dan sentiasa amalkan kebersihan serta patuh pada arahan yang dikeluarkan.jika ada simptomp2 seperti demam,batuk,sakit tekak dan selsema.sila segera mendapatkan rawatan.

em,saya nak berkongsi slide kat bawah ni dengan anda semua.slide ini mengenai program yang telah persatuan PEER COUNSELOR UITMPP telah adakan semasa semester sebelum ini.
Program ini adalah PROGRAM KEMBARA BIMBINGAN KASIH.Ianya diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Besar,Negeri Sembilan.Program ini berlansung selama 4 hari bermula 14hb-17hb Ogos 2008.Program fasilitator yang diadakan bermodulkan kepimpinan ini telah melahirkan banyak peserta yang berani untuk tampil kehadapan,berkeyakinan dan mempunyai sikap yang amat bagus untuk digunakan peserta di masa akan datang.



Barisan Majlis Tertinggi dan Mantan semester Dis - Apr 09