Sunday, January 30, 2011

Sutera Kasih 22 Jan 2011

berakhir sudah Sutera Kasih Jan 2011..

Assalamualaikum...
Pada 22 Januari 2011 yang lepas..
kelab Peer Counselor UiTMPP telah mengadakan 
program Sutera Kasih terbuka kepada semua pelajar UiTMPP yang berminat..
(orang kata lagi ramai lagi bagus)..

tapi apa kan daya..peserta kita tak berapa nak ramai
kerana sebab-sebab yang tak dapat di elakkan
(banyak program lain yang berlansung pada hari tersebut)
walau bagaimanapun ia bukan lah batu penghalang kami
program tetap berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan..
di mana kami pihak AJK telah mengisi ruang yang kosong tersebut
(join sekali la kan)

Berikut adalah butiran program  ;

Objektif :
~Mewujudkan persefahaman antara ahli persatuan Peer Counselor~
~Meningkatkan kemahiran berkomunikasi~
~Memperkenalkan ahli majlis tertinggi kepada ahli baru~
~Memperkenalkan tanggungjawab dan etika sebagai ahli Peer Counselor~
~Mewujudkan integrasi antara ahli dan persatuan~

Program Sutera Kasih, tergolong dalam kategori aktiviti "Kemahiran Komunikasi", secara amnya merupakan sebuah program orientasi bagi memperkenalkan ahli baru kepada barisan kepimpinan dan mantan persatuan Peer Counselor, serta mendedahkan peserta kepada latar belakang penubuhan, serta misi dan visi persatuan.

Berikut adalah ringkasan aturcara program kali ini...

Ucapan Pembukaan
Pengerusi majlis memulakan ucapan pembukaan, diikuti bacaan doa oleh saudara Ashraf.(acap)

Sesi Pengenalan - "Apa Itu Peer Counselor?"
Sesi ini dijalankan oleh  Presiden, saudara Ishak Daresani. Pelbagai info persatuan seperti sejarah penubuhan, misi dan visi persatuan, serta tanggungjawab ahli Peer Counselor, disalurkan dan cuba diserapkan kepada setiap peserta yang hadir.

Sesi Icebreaking
Setiap ahli baik peserta mahupun MT merangkap AJK Program diberi peluang untuk memperkenalkan diri seraya membuka peluang individu untuk bersuara.

Slot 1: LDK - Identiti Kumpulan
Slot kali ini agak berbeza kerana dijalankan dalam mod "tangan kosong", di mana setiap kumpulan perlu memberitahu nama, logo, slogan dan cheers kumpulan hanya menggunakan suara dan gerak tubuh.. Di samping menjimatkan perbelanjaan, kami dapat mencungkil kreativiti setiap kumpulan. Kriteria ini nyata terserlah melalui hasil persembahan mereka yang unik dan kreatif.

Slot 2: Soalan Dibalas Soalan
Berinspirasikan slot program yang lepas, kami merencanakan slot ini bagi menggamatkan suasana bilik serta menambah keceriaan pada wajah para peserta yang semakin layu kala saat-saat berdetik ke tengah hari (ngantok je). Nyata gelagat mereka membuat kami tidak kering gusi, namun apa yang penting semangat dan kerjasama kumpulan nyata terserlah sementelah mereka cuba mengekalkan kumpulan mereka di tangga teratas.

Slot 3: Debat Antara Kumpulan
Debat kali ini berkisar tentang situasi semasa, sbg contoh isu pembangunan dll..
Dalam slot ini, kami dapat melihat beberapa peserta yang terserlah potensi mereka baik dari segi kepimpinan,kepekaan tentang isu semasa mahupun komunikasi serta ketegasan pendirian.

Slot 4: Indoor Games
Permainan kali ini dikelola oleh saudara mantan kita En. Kamarul.Antara permainan yang di jalankan ialah pertandingan minum ayaq yang agak sedap serta makan makanan khas yang dibuat oleh Chef Kamarul sendiri dengan pantas.Seterusnya peserta diminta memilih peserta bertuah untuk dijadikan mangsa contengan muka bertemakan Gong Xie Fa Chai. Akhir sekali setiap kumpulan diberi prob(kotak,kertas mahjong serta surat khabar) untuk membina menara menikut kreativiti masing-masing.

Slot 5: Soalan Teka-Teki
Slot terakhir ini dikendalikan oleh saudara Rizwan kita yang juga dikenali sbg Abg Kasim. Tujuan aktiviti ini adalah untuk menguji minda para peserta sambil bergelak ketawa (santai).

Acara Penutup
Sebelum berakhirnya program pada malam itu, kelab Peers telah menjemput En. Zakaria Ishak untuk memberi ceramah beliau bertajuk "Membentuk Jatidiri Mahasiswa Untuk Menempuh
Cabaran Pada Masa Hadapan".Ternyata ada juga perkara yang kita tidak tahu. Bak kata orang kalau tak dapat semua dapat sikit pun jadi lah.
Seterusnya kami melangsungkan Majlis Penutupan & Penyampaian Hadiah yang di sampaikan sendiri oleh En. Zakaria Ishak.

Kesimpulannya, program Sutera Kasih kali ini agak berbeza pengaturcaraannya berbanding beberapa semester yang lalu. Alhamdulillah, program ini berjalan dengan baik meski ada kekangan yang terpaksa ditempuh dalam menjayakan program ini.

Akhir kata..sila enjoy slide kat bwh ni ya.Kalau ada salah dan silap harap di maafkan..
Sekian Terima Kasih..

Thursday, January 20, 2011

Exkep 18-19 Januari 2010

Assalamualaikum...
       Alhamdulillah berakhir sudah program Exkep pada 18-19 Januari yang lepas..yakni semalam..
Terima kasih di ucapkan kepada mereka-mereka yang berkenaan kerana bersama-sama meluangkan masa di kala tiada kuliah pada ketika itu untuk menjaga booth KITA.
   Macam biasa objektif program ini adalah untuk mencari ahli-ahli baru bagi kelab masing-masing.Alhamdulillah kelab kita masih mendapat sambutan.Pada hari pertama program,jumlah ahli yang berdaftar seramai 95.Hari yang kedua ana tak pasti kerana ana tak tanya pula..(harap maaf)..tapi yang pasti jumlah keseluruhan ahli baru kita lebih dari 100..Alhamdulillah.
 Yang ana rasa teruja, ada seorang ahli baru kita masih ingat akan kelab PeerCounselorUitmPP..kerana beliau adalah bekas pelajar sekolah yang pernah kita kunjungi suatu ketika dahulu..(ana tak tahu bila..maaf)..

Sekian sahaja untuk kali ini..
*gambar ini di ambil oleh saudara Ahmad Syarafi Abd Wahab..kawan ana juga la..

18 Januari 2010..hari pertama..

19 Januari 2010..bersurai sudah..
Sekian Terima Kasih..
Wassalam..

Saturday, January 15, 2011

Erti Syurga dan Neraka

cerita kita hari ini berkisahkan tentang syurga dan neraka...

Maka tersebutlah kisah...
      Alkisah ada seorang perndekar yang suka bertarung. Semua yang menentang pasti akan tumbang ke tanah. Namun hatinya tetap tidak tenang. Dia ingin mencari pengertian yang lebih mendalam tentang erti kejayaan dan kekuatan.
"Untuk itu, engkau mesti memahami dahulu erti syurga dan neraka," saran seorang sahabat karibnya.
"Di mana?"
" Daripada seorang guru sufi di hujung negeri," cadang sahabatnya lagi.
      Si pendekar menuju ke tempat guru sufi yang di maksudkan. Sedang beliau mengajar anak-anak muridnya, Si pendekar dengan spontan bertanya tentang erti syurga dan neraka.
      Dengan nada tenang si guru sufi menjawab,"Aku tidak akan melayan pertanyaan daripada orang yang sombong dan bodoh."
     Merasa dirinya terhina si pendekar mencabut kerisnya untuk bertarung dengan guru sufi itu.
"Kau akan rasa penangan kerisku ini!" teriak si pendekar sambil memencak langkah silatnya.
"Nah, itulah neraka. Kemarahanmu itulah neraka," jawab guru sufi itu dengan tenang,tanpa berganjak sedikit pundari tempat duduknya.
    Si pendekar tersentak dengan kebenaran dan ketenangan yang ditunjukkan oleh si guru. Kerisnya disarungkan kembali, lalu duduk bersimpuh tanda hormat dan kagum kepada kewibawaan guru sufi itu.
"Dan sekarang, inilah syurga. Apabila kau kembali menguasai kemarahanmu, itulah syurga!"
    Si pendekar terus duduk dan akur. Kini dia telah menemui apa "neraka" dan "syurga" dalam dirinya sendiri.
sekian...

Pengajaran:
Kemarahan yang tidak terkawal umpama api yang akan membakar ketenangan diri. Manakala kemaafan adalah "syurga" yang memberi keharmonian dan penguasaan untuk menghadapi kerenah kehidupan. Dan kita sebagai pelajar atau pun remaja, perlu kawal perasaan amarah kita walau apa jua situasi sebab orang kata darah remaja ni masih panas..
 renung-renungkan dan selamat beramal..