Showing posts with label Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Ilmu. Show all posts

Monday, February 7, 2011

berTUDUNG tak SEMESTInya MENUTUP

Apakah maksud namamu???
Apakah sekadar perhiasan wanita…
Tudung sebenarnya adalah pakaian yg memenuhi tuntutan syarak…
Selendang adakah memenuhi tuntutan syarak…
Tuntutan syarak tudung yg mampu menutupi pandangan ramai yg harus ditutupi…
Selendang kain atau sebagainya yg mampu menampakkn isi dalamnya BUKAN tudung…
Apakah fungsimu???
Adakah sekadar menutup mulut org yg mengata..
Atau sekadar fesyen yg boleh ditinggalkan…
Tujuannya adalah bagi menutupi rambut, leher dan dada wanita…
Agar mampu menghalang dirimu dari mendekati kemungkaran…
Agar mampu terus mengingati akan agamamu…
Agar dapat mengelakmu dari jelingan buas sang lelaki…
Agar mampu peliharamu dari kecelakaan dan laknat TUHANMU…
Apakah nilaimu???
Adakah semurah harga dipasar sehingga x bernilai...
Adakah semahal harga di complex untuk disimpan dlm almari…
Nilainya terletak pada pahala menutup aurat…
Nilainya tidak terkira tapi sering diendahkan…
Apakah perasaanmu???
Gembira bila tuanmu mendedahkan auratnya…
Sedih bila digunakan…
Tidak sama sekali…
Malahan bersyukur jika mampu menolong tuanmu munutup aurat..
Berduka tika tuanmu lebih bangga menayang yg tersembunyi pada kekasih, kawan, masyarakat…

p/s: Sahabat dan teman…
Sedikit nukilan untuk dikongsi bkn sekadar ditatapi tapi tekad untuk berubah, berusaha memperbaiki diri..salah dan silap dtg dari diri saya yg hina…pikir-pikirkan dan mari berubah..

sila perhatikan gambar di bawah..



 


Nukilan
Sahabat pemerhati  

Sunday, October 17, 2010

Tips persediaan memasuki peperiksaan

Seperti yang sedia maklum,minggu peperiksaan bagi pelajar UiTMPP akan bermula tidak lama lagi. Jadi kami dari Biro Motivasi Persatuan Peer Counselor UiTMPP ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang tips-tips persediaan memasuki peperiksaan. Semoga dengan tips-tips dapat membantu sedikit sebanyak dalam kehidupan kita sebagai pelajar.
  • Jangan panik! kerana ia mampu menggangu tumpuan kita dalam menjawab kertaspeperiksaan dan menghilangkan hampir 50% ilmu yang kita pelajari selama ini.
  • banyakkan ulang kaji mengenai subjek-subjek pelajar lemah. rujuk kembali kertas-kertas peperiksaan yang lepas untuk mengetahui format kertas peperiksaan dan kekerapan topik berkenaan keluar dalam peperiksaan.
  • Nota ringkas adalah kaedah yang paling senang untuk mengingati dan mengulang kaji pelajaran. sangat berguna apabila berada di saat-saat akhir sebelum memasuki peperiksaan.
  • Setiap insan bergelar pelajar harus mendapat rehat secukupnya untuk sentiasa berada dalam keadaan kekal cergas.
  • Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang untuk sentiasa berada dalamkeadaan kekal cergas. Elakkan mengambil makanan yang mengangdungi tahapp kafein yang tinggi kerana mampu membuat pelajar sukar tidur dan hilang tumpuan.
  • Tawakal adalah jalan terakhir selepas selesai menjalani peperiksaan. Bagi yang beragama Islam, perbanyakkan solat hajat dan solat tahajud dan berdoa memohon bantuan-Nya.