Sunday, August 9, 2009

BENGKEL PENGURUSAN ORGANISASI PEERS SESI JULY-NOV 08



Bengkel Pengurusan Organisasi Peers merupakan salah satu program yang sentiasa dikendalikan Persatuan Peer Counselor setiap semester. Jumlah peserta yang mengikuti bengkel ini mencecah 25-30 orang peserta terdiri daripada ahli PEERS sendiri, dan kebiasaannya dijalankan pada hari Sabtu pagi di Bilik Kuliah Annex.

Program ini memberi pendedahan kepada ahli PEERS khususnya mengenai prosedur bagi menjalankan program yang dipohon kepada Hal Ehwal Pelajar (HEP). Peserta diajar teknik-teknik serta ilmu yang diperlukan bagi mendapat kelulusan program seperti:

~Cara mengisi borang C
~Menetapkan peruntukan/belanjawan program
~Menubuhkan jawatankuasa program
~Menetapkan objektif program tersebut

Sesi pertama merupakan taklimat mengenai apa itu organisasi, masalah yang selalu dihadapi semasa perancangan & permohonan program, dan sedikit intipati kepimpinan turut diserapkan dalam bengkel ini.

Sesi kedua adalah di mana para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diminta merancang aktiviti tersendiri bagi setiap kumpulan berdasarkan teknik serta ilmu yang diajar pada sesi pertama. Kemudian, pembentangan kumpulan dilakukan.

Antara objektif program serta aktiviti ini:
~Mengenali dengan mendalam makna organisasi serta prinsip pengurusan.
~Melatih ahli PEERS agar berkebolehan merancang serta mendapat kelulusan program.
~Mendapat sumbangan idea mengenai program yang boleh dijalankan melalui aktiviti berkumpulan tadi.

Sebagai persatuan yang independent, bengkel ini sangat penting bagi melatih ahli persatuan agar program-program persatuan yang telah dirancang mendapat kelulusan dan berjaya ditempatkan dalam Kalendar Program bagi semester berkenaan, selain untuk mendapat peruntukan yang diperlukan bagi menjalankan program-program tersebut.

PROGRAM RAKAN MUDA WAWASAN IPT-SIMPANG TIGA,P.PENANG

SUTERA KASIH SESI JULY - NOV 08


Pada setiap permulaan semester, pasti akan berlangsung Annual Grand Meeting (AGM) persatuan serta sesi merekrut ahli baru, bukan?

Bagi Persatuan Peer Counselor UiTMPP, silaturrahim antara ahli dan persatuan amatlah penting. Maka dengan tujuan itu, kami mengadakan "Program Sutera Kasih" iaitu program orientasi antara ahli baru dan lama PEERS.

Objektif program ini adalah untuk memperkenalkan ahli baru tentang:
-> Apa itu Persatuan Peer Counselor?
-> Matlamat, visi dan misi persatuan.
-> Struktur kepimpinan persatuan iaitu Majlis Tertinggi & Penasihat persatuan.
-> Tanggungjawab & etika sebagai ahli PEERS.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah latihan dinamika kumpulan (LDK), sukaneka dan lain-lain yang mana bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim secara langsung dan tidak langsung.