Sunday, December 18, 2011

Demi Masa


1- Demi masa
2- Sesungguhnya manusia itu adalah di dalam kerugian
3- Kecuali orang yang beriman dan beramal yang shalih dan berpesanpesanan dengan Kebenaran dan berpesan-pesanan dengan Kesabaran.

Wednesday, December 7, 2011

Sutera Kasih


Pada 10 hari bulan disember nanti akan diadakan program Sutera Kasih. Sutera Kasih adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan antara ahli lama dengan ahli baru. Demi menjadikan Persatuan Peers kami ini sebagai satu keluarga bahagia, bnyk program yang menarik akan dijalankan. Antaranya adalah Explorace, LDK n Dinner. Semua ahli atau pun yg bukan ahli boleh hadir untuk memeriahkan lagi suasana. So... jumpe di sane.. xD

Thursday, December 1, 2011

Meeting Sutera Kasih



Tarikh    : 6/12/2011
Masa     : 8.30 mlm
Tempat  : Bilik Peers ( fc baiduri tingkat 1 )

Untuk aktiviti pertama kita pada sem yang baharu ini, satu program akan dijalankan iaitu Sutera Kasih. Sutera Kasih adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan antara ahli baru dan ahli lama Peers. Jadi untuk menjayakan program ini, satu meeting akan dijalankan.. xP

Postmortem


Tarikh     : 3/12/2011
Masa      : 8.30 mlm
Tempat   : Bilik Peers ( tingkat 1 food court baiduri )

Salam satu Peers. Postmortem eskep yang telah dilancarkan baru2 ini. Dijemput semua ajk tertinggi hadir.
Time kasih.. xD

Monday, October 31, 2011

Fikir, Renung & Selamat Beramal..




CINTA YANG TAK MASUK AKAL
-------------------------------------
Seorang ayah pergi merantau ke luar negara untuk mencari rezeki meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak. Dia seorang yang penyayang dan sangat dikasihi dan dihormati pula oleh ahli keluarganya.

Setelah keadaannya di rantau orang agak stabil, dia menghantar surat pertama kepada keluarganya. Mereka sangat gembira menerima surat yang sungguh bermakna dari seorang ayah yang sangat dikasihi dan disayangi. Sampul surat itu ditenung berulang kali. Masing-masing memeluk dan mengucup surat tersebut bagai tidak mahu dilepaskan. Kemudian surat yang berharga itu disimpan di dalam pembalut sutera yang indah. Sekali sekala surat itu dikeluarkan dari pembalutnya untuk dibersihkan daripada debu dan habuk. Kemudian meletakkan kembali di dalam pembalutnya.

Kemudian tiba pula surat kedua, ketiga dan seterusnya. Semuanya disimpan dan dijaga rapi seperti surat pertama.

Beberapa tahun berlalu…

Tibalah masa untuk si ayah pulang menemui keluarga tercinta. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati tiada seorangpun yang tinggal kecuali anak bongsunya. Dengan cemas dia bertanya:


- Mana ibumu?
- Ibu ditimpa sakit yang amat teruk. Kami tidak ada wang untuk membiayai rawatannya sehingga akhirnya dia meninggal dunia.
- Kenapa begitu? Apakah kamu tidak membuka suratku yang pertama? Di dalamnya terkandung sejumlah wang yang banyak untuk perbelanjaan kamu?
- Tidak!

- Di mana pula abangmu?
- Dia telah terpengaruh dengan kawan-kawan sebaya yang jahat. Selepas kematian ibu, tidak ada siapa yang mampu menasihatinya. Sekarang dia sudah jadi sebahagian daripada mereka.
- (Ayah semakin hairan) Kenapa begitu? Aku telah tulis dengan panjang lebar menasihati kamu agar berhati-hati memilih kawan. Jangan berkawan dengan orang jahat kerana lama kelamaan kita juga akan jadi jahat! Aku juga meminta agar abangmu itu mengikut aku di rantau orang. Apakah kamu tidak membaca suratku?
- Tidak!


- لا حول ولا قوة إلا بالله

- Kakakmu di mana?
- Dia pernah tulis surat kepada ayah meminta nasihat tentang seorang pemuda yang melamarnya. Sekarang dia telah berkawin dengan pemuda itu. Tapi malangnya dia tidak bahagia. Hidupnya menderita didera sepanjang masa lahir dan batin.
- Bukankah aku telah jawab surat itu menasihatinya agar jangan terima lamaran pemuda itu? Aku telah ingatkan, jangan pillih pasangan berdasarkan harta dan kedudukan. Tapi pilihlah berdasarkan agama, akhlak dan keturunan! Kamu tidak baca semua surat-suratku?
- Tidak! Kami simpan surat-surat ayah di dalam pembalut sutera yang cantik, kami usap dan cium surat itu sebagai tanda sayang dan rindu kami kepada ayah! Tetapi kami tidak membacanya…

Tidak ada siapa yang percaya akan kebenaran cerita ini. Mungkin ada yang akan berkata ia tidak masuk akal sama sekali!

Namun sedarkah kita bahawa inilah kisah benar. Kisah yang tak masuk akal inilah yang berlaku dalam kehidupan umat Islam hari ini?

Kita menerima SURAT dari Yang Maha Mengetahui, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Memerhati lagi Maha Bijaksana. SURAT yang mengandungi panduan, ajaran serta petunjuk dalam segenap bidang kehidupan. Tetapi sejauh mana kita membaca, memahami dan mengikuti panduan yang diberi?

Maka jadilah apa yang terjadi! Umat Islam mati dibunuh saban hari, di sana sini. Jenayah meningkat, keruntuhan akhlak mencemaskan di semua peringkat, wanita-wanita didera dan diperkosa tanpa mengira tua atau muda, bayi-bayi yang tidak berdosa dibuang merata-rata, dan bermacam-macam kejahatan, maksiat dan kemungkaran yang menjijikkan.

Semuanya berpunca daripada tidak membaca dan mengambil pengajaran daripada SURAT yang dikirim oleh Pencipta Yang Maha Esa Yang Amat Sayang kepada makhluk-Nya!

"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".
~Surah Al-'Asr.

Thursday, October 13, 2011

Tanda - Tanda Kiamat Kecil


Salam Peers. Ingatlah anda pada Allah SWT dan lekas kembali kepadanya sekiranya terpesong. Semoga anda semua tergolong dalam golongan yang beriman.
Antara TANDA-TANDA KIAMAT KECIL berdasarkan hadis
1. Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a. w. telah bersabda:”Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.”Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.”-Sahih Bukhari

2. Zina bermaharajalela.

“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim
3. Bermaharajalela alat muzik.
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab;”Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah

4. Menghias masjid dan membanggakannya.

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat Nasai
5. Munculnya kekejian, memutuskan silaturrahim dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim
6. Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran -Riwayat Ahmad
7. Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” -Riwayat Thabrani
8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya saja.” -Riwayat Ahmad
9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. 
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”
10. Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani

11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.

“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu”- Sahih Muslim
12. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar”-Riwayat Ahmad

13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai.”
- Sahih Muslim
Wahai saudara-saudaraku, marilah berfikir sejenak… yang mana sudah ada petanda pada hari ini? Ya Rabbi, ampunilah mereka yang beriman denganMu, moga hambamu ini bukan dikalangan manusia yang dimurkai.

Sunday, October 2, 2011

1st Meeting


Tempat    : Bilik Peers ( tingkat 1 food court baiduri )
Masa       : 8.15 malam
Tarikh      : 21 / 11 / 2011

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Shazwan di talian 013-5274010.
Ketepatan masa amat diperlukan. Kerjasama anda amat di hargai. Sayang rakan PEERS. Time Kasih

Tuesday, September 27, 2011

1st Meeting

Salam Peers.


Diminta semua majlis tertinggi untuk hadir ke mesyuarat PEERS buat pertama kali nya di bilik PEERS pada sem hadapan. kite mau buat gempak nyeh untok sem depan. pastikan anda menghadirkan diri yek.. tepat jam 8 malam dah smpai. bukan 8 baru nak gerak ok. emm.. kalu ade pape cadangan untok sem depan tu, boleh la bawak juge. so, all the best untuk persatuan kite PEERS yang tercinta ini.. xD

Wednesday, September 21, 2011

Afzal Muhd Noor

Salam..

Saya Muhamad Afzal bin Noor Mazlan bertanggung jawab dalam pengurusan blog nih. kalu ade pape yang terkasar bahasa. jgn salah kan PEERS, tapi salah kan lah AFZAL yang x seberape nih.. time kacih..

Salam.. xD

Carta Organisasi Peers 2012 (Latest)

Salam Peers.

Agak seketika x on9 nih.. hehe~ maklum lah aq pun final gak. =x=
Amacam korang nyeh paper? senang susah? pape pun..... smoga korg sume skor la yeh.. moge2 korg dapat DEKAN belake... amin.. xD


Aq nak habak skit nih... ehem2.. (Jeng)x3. Carta Organisasi PEERS yang baru telah pun di update kan secara officialnyeh.. kalu korang nak usha, boleh click di link sebaris ngan link HOME tuh. nampak en.. ahhaaa~ tapi x complete lagi tau.. masih ade kekosongan. So rebut2 la peluang nih tok rapat ngan Pengerusi kite abg Shazwan en.. teh ice satu, insyaallah dapat pangkat skit.. haha~

n.. satu lagi aq nak tanye nih.. orang kate.. kalu xtaw jgn lah segan bertanye. aq rase the best person i should ask is you. yes!! it is you!! xD korang nak tau tak. bile aq bukak blog ni en.. aq terpakse pk untok nak dekat berjam untok updatekan blog nih.. aq search kat google pasal post2 yang menarik tapi aq rase skop nyeh terlalu besar. aq telah pun bertanye kan kepada Pengurusi kite, tapi die kate die nak blog nih bergaye MODEN skit. lagu pun nak lagu SWEET CHILD OF MINE, GUN N ROSES.
tapi... aq takut korang lak x stuju en.. takut korang nak penoh kan blog nih dengan element islamic? aq boleh ajeh.. xD or nak korean skit? so..

aq letak kat FACEBOOK lah nanti.. korang boleh jawab kat sane yekk..
time kacih kerana membaca.. smoge berjumpe lagi di post yang akan datang. xD

salam..

Wednesday, September 14, 2011

Tips Peperiksaan



Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamulaikum wbt kepada semua rakan Peers. Kebanyakan test sume da abis. study week dah pun mule x silap aq. So, time ni jgn ingat nak cuti ajek. Kite mesti study, insyaallah dapat la dekan sem ni. Kalu korang nak tau sape yang dapat dekan boleh dapat du8 tau. ahhaaa~ camne nak dapat tuh senang ajeh. 1st kene lah dapat dekan lu. then kne apply biasiswa kat mane2 yang korang suke.. paling busuk pun dapat la RM1000 se sam. gempak en tuh? so, di sini saya ade sertakan tips2 untok berjaya dalam peperiksaan.




1. Semak jadual
Menyemak jadual exam penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas exam yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.
2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.
3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.
4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.
5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.
c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.

6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.
7. Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.

Tips2 ini di petik dari laman.. 
http://ibnismail.wordpress.com/2008/08/18/7-tip-untuk-cemerlang-dan-persediaan-menghadapi-peperiksaan/
oleh Abu Musaddad 18 Ogos yang lalu.. so, ni bukan plagiarism yeh. ni name nye rujukan.. time kasih kepada Abu Musaddad kerana share kan ilmu ni bersame kite.. xD

Tuesday, September 13, 2011

Afzal Muhd Noor

[ Testing ]

Salam rakan - rakan Peers sekalian.. saya Muhamad Afzal bin Noor Mazlan ingin mengucap sepatah due kate.. ni 1st time tulis blog ni.. gugup nye. mule2 skali.. aq nak perkenalkan kat korang biro multimedia kitorang yang terdahulu.. iaitu..Nur Fatin Farhanah Binti Arshad yang telah bnyk berjasa dalam memeriahkan blog nih. Die seorang yang pemalu skit sbb tu korg x slalu nmpak die sngt.. tapi die sngt aktif dlm blog ni as u can c lah.. diploma in Hotel Management. Sem 5. aaa... tu aje aq tau pasal die.. nak tau lebih lanjut kne tanye best fwen die.. kak Bella.(die dok sebelah kak fatin dalam gmbr kat bawah) ni ade beberape gmbr kak fatin. ( cume ni yang aq dpt carik kat fb ). tapi bnyk lagi gmbr yang aq ade sbnrnye.. well.. lastly, harap2 kak fatin n de geng do ur best lah in ur test n finals.. xD
 aq still baru dalam ni.. so.. kalu ade x lawa sikit kat mane2 bahagian.. i'm sorry. i'll to make this blog intersting.. xD

Saturday, September 10, 2011

Hari Syawal Peers

Salam 1 Malaysia

Sekadar peringatan
Jangan lupa pada malam ini kelab Peers akan mengadakan jamuan Hari Syawal Peers bertempat di:

Bilik Perdana 1 
tingkat 2 LP
pada jam 8-10 malam

Kaum Lelaki dikehendaki memakai baju melayu ( bkn inggeris atau cina)
Kaum Hawa sila2 memakai baju kurung yeee
yang penting sopan dan mematuhi sahsiah rupa diri :)

Jumpa anda di sana!!!!

Sunday, August 28, 2011

Khas buat Anda

Peers tak dapat nak hantar kat semua 
orang kad raya so hantar kat sini jelah ek
kira okey what? :)

ENjoyyyy....







Ikhlas dari Kelab Peers 2011 :D
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

Pantun Hari Raya


Kad ucapan penganti diri, 
Semoga berbahagia di aidilfitri,
Kepulangan perantau dipagi raya, 
menyambut syawal bersama keluarga.


Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.


Disisir diandam dengan cekap,
Potong rambut pelbagai gaya,
Puasa sebulan sudahlah lengkap,
Kita menyambut Hari Raya.


Negara kita aman sentosa,
Jangan dilupa orang terinyanya,
Makan sudah baju bergaya,
Orang fakir jangan dilupa.

Masak udang dan gulai ketam,
Pembasuh mulut kuih keria,
Berbunyi mercun berdetum detam,
Riang gembira dihari raya.

Adik tersayang segak bergaya,
Mengait kuih di atas para,
Suasana riang di hari raya,
Bermaaf-maafan riang gembira


Memukul gendang pelbagai gaya,
Amat meriah riang gembira,
Ramai bertandang di hari raya,
Tersenyum riang sanak saudara.

Lemah lembut tuan puteri,
Berhias pandai cantik dipandang,
Meriah menyambut Aidilfitri,
Sahabat handai datang bertandang.


Tanpa mengira miskin kaya,
Pangkat kedudukan hamba bernyawa,
Sama-sama menyambut raya,
Maaf-maafan dihari bahagia.

Selamat Hari Raya


Assalamualaikum,
dan Selamat Hari Rayaaaaa!!!!

Tinggal lagi sehari menjelang Hari Raya Aidilfitri
sudah pasti anda semua berdebar-debar menantikan
Hari tersebut kan?

Dalam kita bergembira menanti hari raya
pasti ada juga perasaan sedih untuk meninggalkan bulan
Ramadhan bulan yang penuh mulia ini kan?
di saat2 akhir ini..mari la kita memperbanyakkan lagi
amalan2 agar pahala kita akan bertambah menjadi berlipat2 ganda

Nasihat untuk rakan-rakan sekalian,
jangan la main mercun atau bunga api
( iyee ker tak main? )
semua itu tidak mendatangkan
faedah buat kita
malah akan menyusahkan kita
bak kata seseorang
" you go home one piece..you'll be back one piece"

Dikesempatan ini 
Peers Club ingin memohon maaf dari hujung rambut
sampai lah ke hujung jari kaki atas segala 
salah dan silap
terkasar bahasa..termarah...dan segala-gala TER....
kepada blogger2 setia Peers serta pihak2 yang terlibat.
Harap kita semua dapat saling bermaaf-maafan di hari dan bulan yang penuh mulia ini
Insya-allah...dengan memaafkan orang lain..
sudah tentu orang lain jugak akan memaafkan anda dengan senangnyee :)







Thursday, August 4, 2011

salam ramadhan

Salam

Selamat menyambut bulan ranadhan saya ucapkan
 kepada semua muslimin dan muslimat sekalian

Hari dah pun masuk hari keempat kita berpuasa
semua masih bertenaga lagi kan??
masih tak terasa kita sedang berpuasa 

bz dengan kerja..homework..assignment.
insya allah semua ini akan dapat 
membantu kita melupakan hasrat untuk makan dan minum 
di siang hari :)
di samping itu, jangan lupa solat 5 waktu
puasa sahaja tiada guna tanpa melakukan 
perkara yang paling wajib bagi semua umat islam
betol tak?

Ibadah sunat juga jangan la lupa
ini la masanya kita nak menggandakan 
lagi pahala yang ada
rebut la peluang yang ada
kerana bulan yang mulia ini datang hanya sekali
dalam setahun

belum tentu lagi tahun hadapan kita akan 
melalui detik bulan ramadhan lagi ke tak
wallahualam!

daripada hadis Abu Hurairah menyatakan :
 Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, 
dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala 
pintu neraka dan diikat segala syaitan. 
Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari


Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, 
manakala pintu neraka pula ditutup. 
Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya 
yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.



Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat 
menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. 
Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada
 pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.










Friday, July 29, 2011

Mohon Maaf

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pertama sekali kami (merangkap pihak atasan)
ingin memohon maaf kepada peserta-peserta dan jugak fasilitator
yang terlibat dalam kem kepimpinan peers II yang sepatutnya diadakan 
pada hujung minggu

Atas sebab-sebab teknikal dan kekangan-kekangan 
yang  kita hadapi..maka kata putus telah dilakukan
dan setelah berfikir banyak...mengambil kira dari segenap aspek
keputusan telah pun dilakukan
Kem Kepimpinan Peers telah dibatalkan

Kami menyusun jari memohon maaf atas perkara yang berlaku ini
Kekangan-kekangan yang dihadapi tidak dapat diatasi dalam 
masa terdekat ini
Ia memerlukan masa yang lebih panjang lagi

untuk penjelasan lanjut :
insya-allah perjumpaan seterusnya akan diadakan
dalam masa terdekat ini
jadi sila alert dgn notis2 yaa :)

Anda semua jangan la risau
Sudah pasti ada hikmah disebalik semua ini
Setiap apa yang berlaku
Pasti ada sebabnya
Berkemungkinan besar kem ini akan digantikan dengan 
aktiviti yang lebih menarik
siapa tahu???
^_______^


Thursday, July 28, 2011

Preparation 4 Kem

Salam sejahtera Rakan-rakan Peers!

Alhamdulillah lepas segala kekangan-kekangan yang ditempuhi
dapat gak Kem Kepimpinan kali ni insya-allah dijalankan :)
Peserta-peserta semua dah ready ke nk pergi kem nih?

Nama pun kem kepimpinan..so mesti la semua sangat teruja nak mengexplore btol x?
dalam kurang dari 24 jam je lg tinggal hehehe
nervous x peserta-peserta semua? haha ^___^

Sekadar peringatan buat peserta-peserta dan juga fasi2 
yang bakal mengikuti kem kepimpinan pada esok hari

1. Pesanan daripada penaja anda kepada peserta-peserta wanita terutamanya : 
Bawalah segala keperluan2 yang mencukupi yee
macam biasa la :D
in order for us to prevent somthing from happens..so we should take precautions 
starting from the beginning right?

Sebarang permasalahan atau pertanyaan boleh la merujuk kepada 
ketua fasi wanita anda iaitu Ai Ai : 014-2404756
Insya-allah beliau akan menjawab segala persoalan 
yang muncul di minda anda :)

2. Kalau yang ni general laa..bawa jugak kasut sukan, lampu suluh serta pakaian2 yang mencukupi
untuk keselamatan anda..mana la tau..kot2 ada aktiviti yang melibatkan 
air..bawalah dark t-shirt.. 
kalau t-shirt putih..kang teeeettt (maaf..terpaksa disensor) hahah :D

3. Yang penting sekali dan penting penting penting
tolong laa..tolong..sebelum para peserta dan jugak fasi pergi kem esok
sila perbetulkan semula niat anda yaa
bersihkan hati ( basuh bagi hilang kotoran dengan mnggunakan dynamo) cewahh xde laa
set in mind yang korang nak pergi untuk belajar
bukan untuk bersuka-ria yee
bukan apa..bukan nak takut-takutkan anda..
cuma  PE.RI.NGA.TA.N

4. Jangan lupa bawa health medicines bagi para peserta dan jugak fasi 
yang mempunyai  masalah kesihatan yaa :)
First-aid akan disediakan tetapi mungkin tidak menepati 
citarasa ubat anda hehehe :D


What the most important thing is  Respect Each Other 
that is the platform for peers to success :D

To all Fasilitator wish you All the best
Do it better than the previous camp
and To all Participants 
wish you Good Luck :D

Learning and Enjoying at the same time
Till we meet again
Assalamualaikum









Tuesday, July 26, 2011

jodoh




Apa yang sebenarnya berlaku?
Urusan Jodoh itu adalah urusan Allah SWT, cuma kita perlu tahu bagaimana cara mengenali jodoh dalam islam. Tips ini berguna bagi anda yang sedang mencari jodoh. 
Tanda jodoh dalam Islam itu adalah “3M”. 
Apa itu "3M"? 
Siapa di antara lelaki mahupun wanita yang boleh MemahamiMemaafkan dan Memotivasikan kita ke arah yang lebih baik InsyaAllah itulah jodoh kita. 
Memahami - Setiap pasangan mestilah memahami antara satu sama lain. Ini penting kerana setiap daripada kita mempunyai latar belakang kehidupan yang berlainan. Maka setiap sifat kita mampu mempengaruhi atau dipengaruhi sifat pasangan kita.
 Memaafkan - Sifat memaafkan ini amat penting sekiranya tiada sifat ini, nescaya hubungan kekeluargaan tidak kekal lama (Ini yang kita cuba elakkan). Lelaki memang lebih egonya, namun jika ingin selamat, buang segala ego demi mempertahankan rumahtangga. 
Memotivasikan - Pasangan mestilah memotivasikan antara satu sama lain. Faktor seperti stres, tekanan kerja, masalah kewangan mungkin menyebabkan keretakan rumahtangga, namun sikap memotivasikan ini mampu menaikkan dan memulihkan kembali semangat pasangan anda.
Jadi sekiranya anda mahu mencari jodoh, carilah yang boleh melakukan 3M di atas supaya hubungan cinta dapat kekal dan tidak berlaku cerai-berai. Jodoh itu bukan berdasarkan nafsu, kekayaan, rupa paras, pangkat dan sebagainya tetapi haruslah berdasarkan Islam  iaitu beraqidah, taat beribadah dan cantik akhlaknya. Jika cinta itu menurut Islam maka cinta itu datangnya dari Allah.

Ramai muda-mudi sekarang bercinta namun tidak semua ke jinjang pelamin. Jangan percaya tentang ramalan cinta / ramalan jodoh di internet, televisyenataupun cinta monyet (Cinta kanak-kanak di alam remaja). 
Ini kerana itu bukan jodoh yang sebenar-benarnya. Ada yang cuba mengkategorikan jodoh kepada 3 jenis iaitu:
1) JODOH DARI SYAITAN 
iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.

2) JODOH DARI JIN
iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.

3) JODOH DARI ALLAH
iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.

Apa jua jenis cinta, ianya kuasa Allah. Jadikan "3M" diatas sebagai panduan asas dalam mencari jodoh supaya benar-benar mendapatkan jodoh menurut Islam yang dapat membahagiakan hidup anda kelak. Mencari jodoh berdasarkan Islam Insya Allah akan membahagiakan hidup anda di dunia maupun akhirat.
Ingin saya kongsikan 2 jenis Do'a:
Do'a Mencari Jodoh

Do'a Putus Cinta

Wallahualam.

Sunday, July 24, 2011

Persediaan menghadapi bulan Ramadhan



الَلهمَ بلَغنا رمضان

“Ya Allah Sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”

Tak lama lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan
Bulan yang penuh mulia...
Adakah anda semua sudah bersedia???
Puasa yang dulu-dulu-dulu-dulu dah ganti lom?
harapnya sdah la yaaa
Menjadi tanda bagi hamba-hamba yang salih bahawa mereka mengidam dan tamakkan limpahan Allah dalam bulan ini (Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka). Kita mesti sentiasa berjaga-jaga agar peluang ini tidak disia-siakan atau berlalu tanpa dimanfaatkan.

Persediaan
Cara
Iman
1. Taubat yang benar (Istighfar, meninggalkan maksiat).
2. Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan.
3. Perbanyakkan puasa di bulan Sya’ban (Isnin-Khamis, 15-16-17).
4. Membaca Al-Quran (meletakkan matlamat satu juz sehari misalnya).
5. Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu).
6. Berzikir setiap masa, Al-Mathurat pagi dan petang (penggunaan tasbih sangat membantu).
Ilmu
1. Membaca/belajar buku Feqah Puasa dengan lengkap beserta kelebihan, rahsia, dan tafsiran ayat Al-Quran yang berkait dengan puasa.
2. Membaca buku-buku penyucian jiwa.
3. Mendengar ceramah-ceramah tentang Ramadhan.
4. Mengulangkaji surah-surah yang telah dihafal, sebagai persediaan solat samada sebagai imam atau makmun di bulan Ramadhan.
Dakwah
1. Bersedia untuk memberi tazkirah/ceramah tentang kelebihan dakwah di bulan Ramadhan.
2. Menghadiri majlis ilmu di masjid-masjid samada sebagai penceramah atau pendengar.
3. Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan untuk Ramadhan.
4. Memberi hadiah Ramadhan kepada rakan-rakan dengan tujuan mendekatkan diri dan mereka kepada Allah.
5. Menyediakan risalah/majalah kecil untuk jiran-jiran tentang persediaan menyambut Ramadhan.
Keluarga
1. Membuat persediaan bersama seluruh ahli keluarga untuk menyambut Ramadhan terutama dari aspek iman dan ilmu.
2. Membaca buku berkaitan Ramadhan bersama-sama.
Keazaman
1. Membuka lembaran amalan baru yang jauh lebih baik.
2. Menjadikan hari-hari dalam bulan ini, lebih baik dari hari-hari biasa.
3. Sentiasa memakmurkan rumah Allah, pada setiap solat fardhu dan iktikaf.
4. Membersihkan puasa dari perkara yang merosakkannya seperti mengumpat.
5. Sentiasa berlapang dada.
6. Menghadirkan niat untuk amal soleh di bulan puasa.
Jihad
1. Merealisasikan matlamat ‘Bersungguh-sungguh melawan nafsu’.
2. Menahan diri dari berlebihan dalam perkara harus (makan, pakaian, tidur).
3. Menjaga lidah dari berkata keji, mengumpat, dan mencaci.
4. Menahan syahwat dari perkara yang haram.
5. Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan di atas.