Friday, July 29, 2011

Mohon Maaf

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pertama sekali kami (merangkap pihak atasan)
ingin memohon maaf kepada peserta-peserta dan jugak fasilitator
yang terlibat dalam kem kepimpinan peers II yang sepatutnya diadakan 
pada hujung minggu

Atas sebab-sebab teknikal dan kekangan-kekangan 
yang  kita hadapi..maka kata putus telah dilakukan
dan setelah berfikir banyak...mengambil kira dari segenap aspek
keputusan telah pun dilakukan
Kem Kepimpinan Peers telah dibatalkan

Kami menyusun jari memohon maaf atas perkara yang berlaku ini
Kekangan-kekangan yang dihadapi tidak dapat diatasi dalam 
masa terdekat ini
Ia memerlukan masa yang lebih panjang lagi

untuk penjelasan lanjut :
insya-allah perjumpaan seterusnya akan diadakan
dalam masa terdekat ini
jadi sila alert dgn notis2 yaa :)

Anda semua jangan la risau
Sudah pasti ada hikmah disebalik semua ini
Setiap apa yang berlaku
Pasti ada sebabnya
Berkemungkinan besar kem ini akan digantikan dengan 
aktiviti yang lebih menarik
siapa tahu???
^_______^


Thursday, July 28, 2011

Preparation 4 Kem

Salam sejahtera Rakan-rakan Peers!

Alhamdulillah lepas segala kekangan-kekangan yang ditempuhi
dapat gak Kem Kepimpinan kali ni insya-allah dijalankan :)
Peserta-peserta semua dah ready ke nk pergi kem nih?

Nama pun kem kepimpinan..so mesti la semua sangat teruja nak mengexplore btol x?
dalam kurang dari 24 jam je lg tinggal hehehe
nervous x peserta-peserta semua? haha ^___^

Sekadar peringatan buat peserta-peserta dan juga fasi2 
yang bakal mengikuti kem kepimpinan pada esok hari

1. Pesanan daripada penaja anda kepada peserta-peserta wanita terutamanya : 
Bawalah segala keperluan2 yang mencukupi yee
macam biasa la :D
in order for us to prevent somthing from happens..so we should take precautions 
starting from the beginning right?

Sebarang permasalahan atau pertanyaan boleh la merujuk kepada 
ketua fasi wanita anda iaitu Ai Ai : 014-2404756
Insya-allah beliau akan menjawab segala persoalan 
yang muncul di minda anda :)

2. Kalau yang ni general laa..bawa jugak kasut sukan, lampu suluh serta pakaian2 yang mencukupi
untuk keselamatan anda..mana la tau..kot2 ada aktiviti yang melibatkan 
air..bawalah dark t-shirt.. 
kalau t-shirt putih..kang teeeettt (maaf..terpaksa disensor) hahah :D

3. Yang penting sekali dan penting penting penting
tolong laa..tolong..sebelum para peserta dan jugak fasi pergi kem esok
sila perbetulkan semula niat anda yaa
bersihkan hati ( basuh bagi hilang kotoran dengan mnggunakan dynamo) cewahh xde laa
set in mind yang korang nak pergi untuk belajar
bukan untuk bersuka-ria yee
bukan apa..bukan nak takut-takutkan anda..
cuma  PE.RI.NGA.TA.N

4. Jangan lupa bawa health medicines bagi para peserta dan jugak fasi 
yang mempunyai  masalah kesihatan yaa :)
First-aid akan disediakan tetapi mungkin tidak menepati 
citarasa ubat anda hehehe :D


What the most important thing is  Respect Each Other 
that is the platform for peers to success :D

To all Fasilitator wish you All the best
Do it better than the previous camp
and To all Participants 
wish you Good Luck :D

Learning and Enjoying at the same time
Till we meet again
Assalamualaikum









Tuesday, July 26, 2011

jodoh




Apa yang sebenarnya berlaku?
Urusan Jodoh itu adalah urusan Allah SWT, cuma kita perlu tahu bagaimana cara mengenali jodoh dalam islam. Tips ini berguna bagi anda yang sedang mencari jodoh. 
Tanda jodoh dalam Islam itu adalah “3M”. 
Apa itu "3M"? 
Siapa di antara lelaki mahupun wanita yang boleh MemahamiMemaafkan dan Memotivasikan kita ke arah yang lebih baik InsyaAllah itulah jodoh kita. 
Memahami - Setiap pasangan mestilah memahami antara satu sama lain. Ini penting kerana setiap daripada kita mempunyai latar belakang kehidupan yang berlainan. Maka setiap sifat kita mampu mempengaruhi atau dipengaruhi sifat pasangan kita.
 Memaafkan - Sifat memaafkan ini amat penting sekiranya tiada sifat ini, nescaya hubungan kekeluargaan tidak kekal lama (Ini yang kita cuba elakkan). Lelaki memang lebih egonya, namun jika ingin selamat, buang segala ego demi mempertahankan rumahtangga. 
Memotivasikan - Pasangan mestilah memotivasikan antara satu sama lain. Faktor seperti stres, tekanan kerja, masalah kewangan mungkin menyebabkan keretakan rumahtangga, namun sikap memotivasikan ini mampu menaikkan dan memulihkan kembali semangat pasangan anda.
Jadi sekiranya anda mahu mencari jodoh, carilah yang boleh melakukan 3M di atas supaya hubungan cinta dapat kekal dan tidak berlaku cerai-berai. Jodoh itu bukan berdasarkan nafsu, kekayaan, rupa paras, pangkat dan sebagainya tetapi haruslah berdasarkan Islam  iaitu beraqidah, taat beribadah dan cantik akhlaknya. Jika cinta itu menurut Islam maka cinta itu datangnya dari Allah.

Ramai muda-mudi sekarang bercinta namun tidak semua ke jinjang pelamin. Jangan percaya tentang ramalan cinta / ramalan jodoh di internet, televisyenataupun cinta monyet (Cinta kanak-kanak di alam remaja). 
Ini kerana itu bukan jodoh yang sebenar-benarnya. Ada yang cuba mengkategorikan jodoh kepada 3 jenis iaitu:
1) JODOH DARI SYAITAN 
iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.

2) JODOH DARI JIN
iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.

3) JODOH DARI ALLAH
iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.

Apa jua jenis cinta, ianya kuasa Allah. Jadikan "3M" diatas sebagai panduan asas dalam mencari jodoh supaya benar-benar mendapatkan jodoh menurut Islam yang dapat membahagiakan hidup anda kelak. Mencari jodoh berdasarkan Islam Insya Allah akan membahagiakan hidup anda di dunia maupun akhirat.
Ingin saya kongsikan 2 jenis Do'a:
Do'a Mencari Jodoh

Do'a Putus Cinta

Wallahualam.

Sunday, July 24, 2011

Persediaan menghadapi bulan Ramadhan



الَلهمَ بلَغنا رمضان

“Ya Allah Sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”

Tak lama lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan
Bulan yang penuh mulia...
Adakah anda semua sudah bersedia???
Puasa yang dulu-dulu-dulu-dulu dah ganti lom?
harapnya sdah la yaaa
Menjadi tanda bagi hamba-hamba yang salih bahawa mereka mengidam dan tamakkan limpahan Allah dalam bulan ini (Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka). Kita mesti sentiasa berjaga-jaga agar peluang ini tidak disia-siakan atau berlalu tanpa dimanfaatkan.

Persediaan
Cara
Iman
1. Taubat yang benar (Istighfar, meninggalkan maksiat).
2. Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan.
3. Perbanyakkan puasa di bulan Sya’ban (Isnin-Khamis, 15-16-17).
4. Membaca Al-Quran (meletakkan matlamat satu juz sehari misalnya).
5. Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu).
6. Berzikir setiap masa, Al-Mathurat pagi dan petang (penggunaan tasbih sangat membantu).
Ilmu
1. Membaca/belajar buku Feqah Puasa dengan lengkap beserta kelebihan, rahsia, dan tafsiran ayat Al-Quran yang berkait dengan puasa.
2. Membaca buku-buku penyucian jiwa.
3. Mendengar ceramah-ceramah tentang Ramadhan.
4. Mengulangkaji surah-surah yang telah dihafal, sebagai persediaan solat samada sebagai imam atau makmun di bulan Ramadhan.
Dakwah
1. Bersedia untuk memberi tazkirah/ceramah tentang kelebihan dakwah di bulan Ramadhan.
2. Menghadiri majlis ilmu di masjid-masjid samada sebagai penceramah atau pendengar.
3. Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan untuk Ramadhan.
4. Memberi hadiah Ramadhan kepada rakan-rakan dengan tujuan mendekatkan diri dan mereka kepada Allah.
5. Menyediakan risalah/majalah kecil untuk jiran-jiran tentang persediaan menyambut Ramadhan.
Keluarga
1. Membuat persediaan bersama seluruh ahli keluarga untuk menyambut Ramadhan terutama dari aspek iman dan ilmu.
2. Membaca buku berkaitan Ramadhan bersama-sama.
Keazaman
1. Membuka lembaran amalan baru yang jauh lebih baik.
2. Menjadikan hari-hari dalam bulan ini, lebih baik dari hari-hari biasa.
3. Sentiasa memakmurkan rumah Allah, pada setiap solat fardhu dan iktikaf.
4. Membersihkan puasa dari perkara yang merosakkannya seperti mengumpat.
5. Sentiasa berlapang dada.
6. Menghadirkan niat untuk amal soleh di bulan puasa.
Jihad
1. Merealisasikan matlamat ‘Bersungguh-sungguh melawan nafsu’.
2. Menahan diri dari berlebihan dalam perkara harus (makan, pakaian, tidur).
3. Menjaga lidah dari berkata keji, mengumpat, dan mencaci.
4. Menahan syahwat dari perkara yang haram.
5. Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan di atas.

kelebihan menuntut ilmu




Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan meghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan.” Riwayat Abu ad-Darda’ r.a
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Siapa yang keluar untut menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali.” Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu)atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut ) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” Riwayat al-Bazzar

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin menndapat habuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga di hari akhirat kelak.” Riwayat Abu Daud

Solat Sunat Dhuha



Sulaiman adalah seorang peniaga berusia 30 tahun. Dia menjadikan perniagaan menjual nasi lemak di beberapa kawasan. Tetapi setelah sekian lama menceburi bidang perniagaan, dia tidak pernah merasakan hasil penat lelahnya. Ini memburukkan lagi dengan perniagaannya yang semakin merosot. Walaupun telah mendapat nasihat daripada beberapa orang BOMOH dengan berbagai macam "PELARIS" yang di berikan, maalahnya tetap tidak berubah . Apakah amalan tertentu yang boleh dia amalkan ?

Apa yang di alami Encik Sulaiman dan mereka yang senasib boleh di atasi dengan amalan solat Dhuha.Sebagai orang beriman, kita perlu menyakini bahawa segala-gala dalam kehidupan kita ini adalah dalam pengurusan Allah s.w.t. Dialah yang menghidupkan dan Dialah yang mematikan. Daripadanya datangnya segala kebaikan dan daripada-Nya juga datang segala keburukan.Dhuha adalah nama kepada waktu. Dalam Islam, setiap waktu ada namanya tersendiri, setiap waktu juga ada keistimewaan dan keberkatan.





Firman Allah s.w.t :

Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka.

(Surah al-Dhuha : 1-5 )


Selalunya setiap sesuatu yang dijadikan sebagai bahan sumpah Allah s.w.t mengandungi kepentingan yang sangat hebat.

Di sini Allah s.w.t menjadikan waktu Dhuha sebagai bahan persumpahan-Nya. Itu menunjukkan bahawa waktu Dhuha itu ada keistimewaannya , antara keistimewaannya adalah seperti yang telah di sebut oleh Allah s.w.t., waktu Dhuha adalah waktu Allah s.w.t mencurahkan kurniaan kepada hamba-Nya.

Kurniaan Allah suatu kurniaan hakiki yang pasti akan menggembirakan kita.

Oleh itu sesiapa yang mahukan kurniaan Allah s.w.t hendaklah dia berhubung dengan Allah s.w.t melalui ibadah solat sunat Dhuha.
Sabda Rasulullah s.a.w dalam hadis Qudsi yang bermaksud :

" Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud , "Hai anak Adam, solatlah kepadaKu empat rakaat pada permulaan siang nescaya akan Aku cukupkan keperluanmu pada akhir siang." (Riwayat Tirmizi)

Orang yang lemah imannya selalunya akan berpaling daripada Allah lalu pergi menemui bomoh untuk mendapatkan tangkal dan pelaris. Rumah dan gerai-gerai dipenuhi wafak-wafak yang mereka percaya boleh membantu memberi mereka kejayaan, tetapi akhirnya tetap juga kecewa. Perbuatan-perbuatan sedemikian syirik dan menjadikan Allah s.w.t. murka kepada mereka dan hilang keberkatannya.

Sebaliknya orang yang kuat imannya kepada Allah s.w.t akan tetap menaruh keyakinan penuh terhadap Allah s.w.t . Mereka yakin Allah sahaja yang boleh memberikan kesenangan dan kepayahan.

Sebagai tanda kekuatan iman mereka kepada Allah, apa-apa sahaja keperluan mereka, mereka akan meminta hanya kepada Allah melalui amal ibadah.


Daripada Buraidah katanya telah bersabda Rasullah s.a.w. yang bermaksud "

" Pada diri manusia ada 360 ruas tulang, dituntut ke atasnya untuk memberi sedekah kepada setiap satu daripada ruas-ruas tersebut.

Para sahabat bertanya, 'Siapakah yang terdaya melakukan ya Rasulullah ? ' Lalu beliau bersabda, ' Boleh juga dilakukan dengan menanam kahak di lantai masjid atau menghilangkan halangan di jalan, kalau tetap tidak dapat dilakukan makan dengan melakukan dua rakaat solat Dhuha boleh cukup baginya."

( Riwayat Ahmad dan Abu Daud dan dengan lafaz lain oleh muslim )


Pada setiap ruas tulang kita, ada semacam cecair yang bertindak sebagai pelincir kepada pergerakan tulang belulang kita. Cecair ini yang di sebut sebagai ligament juga merupakan mahkluk hidup yang boleh berkembang atau menjadi kering dan mati.

Ia juga memerlukan makanan untuk terus hidup segar. Cuma sajaha makannya bukanlah berbentuk bahan kasar, sebaliknya seperti apa yang diterangkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, makhluk-makhluk ini memerlukan sedekah untuk terus berkembang hidup dan makanan yang di perlukan adalah zikir kita. Kajian telah di buat , setiap makhluk yang sekecil kuman di dalam air sekalipun akan mleonjak apabila nama-nama Allah di sebut !.

Inilah hikmah besar yang digambarkan oleh Rasulullah s.a.w , tanpanya kita tidak mungkin akan menyedarinya. Menurut hadis tersebut yang sesuai dengan kajian biologi, tubuh badan manusia mengandungi lebih kurang 360 ruas tulang.

Kalau setiap ruas itu memerlukan satu Subhanallah, satu Alhamdulillah, satu Allahu Akbar dan satu Lailahaillallah, maka setiap hari kita perlu berzikir sekian banyak.

Namun, dengan DUA RAKAAT SOLAT DHUHA, seseorang itu akan memperoleh 360 zikir tersebut untuk menjadikan sedekah kepada ruas-ruas tersebut.

Ingatlah, ini antara faktor keimanan yang mesti diyakini oleh orang yang beriman, orang yang beriman akan percaya kepada kebenaran yang di ampaikan oleh Allah dan Rasul-Nya walaupun tidak di lihat dengan mata kasar sekalipun.

Inilah kaitan tiga serangkai antara iman, ibadah dan kesan faedah dalam penghidupan.

Insya-Allah , orang yang mengamalkan solat Dhuha tidak akan mengalami sakit ruas tulang seperti sakit kaki, sakit pinggang dan lain- lain.

Demikianlah hasil dan faedah yang di peroleh dengan melakukan solat Dhuha.

Memandangkan solat Dhuha ini merupakan solat sunat yang Muqayyad, maka waktu dan jumlah rakaatnya telah di tetapkan.

Waktunya


Dari setelah matahari meninggi sejengkal , lebih kurang jam 8.00 pagi hinggalah sebelum matahari menegak, iaitu tengahhari. Tidak boleh dilakukan sebelum dan sesudah batas waktu tersebut.

Rakaatnya

Dari paling sedikit dua rakaan dan mengikut riwayat yang sah paling banyak 12 rakaat. Tidak boleh dilakukan kurang daripada dua rakaat.

Kem Kepimpinan Peers



Salam Sejahtera!!!
Apa khabar rakan-rakan sekalian?
Semestinya sihat dan happy2 selalu kan..maklum laa dapat balik ke kampung halaman berjumpa dengan keluarga tercinta :)
Apa pun..mid-term break dah nak habis...moga2 rakan2 semua selamat kembali ke uitm hendaknyaa

Kat sini ada berita tergempak!!!
Kem Kepimpinan Peers kembali LAGI !!!!!!
Seperti yang tertera kat notis di atas kem ini akan dijalankan di kem ayer itam batu kurau taiping perak
pada 29-31 julai ini
Pelbagai aktiviti menarik menanti para peserta sekalian
tak rugi join kem ni...
pasti tak akan memborink kan anda :) ehehe


Kalau rasa-rasa nak join contact la ketua program kita yaa En. Ezad ^____^

Pada yang dah mendaftar untuk join kelab ni tahniah diucapkan
semoga berjaya :)
 jangan lupa bawa segala peralatan yang mencukupi
tp tak yah la bawak banyak2 brg yo
yg penting kosongkn perut anda
kerana makanan yang disajikan untuk para peserta pasti sedap2 belaka :D

sehingga kita berjumpa lagi 
Assalamualaikum.


Friday, July 1, 2011

Sutera Kasih Mei- Sept :D

Salam 1 malaysia!

1st of all..mintak maaf la bebanyak ya sbb lmbt update...tp xpe...chill right? :D

ok untuk pengetahuan semua...program pertama kita iaitu sutera kasih telah pun selamat dijalankan 2 minggu yg lepas...alhamdulillah segala kekangan-kekangan dapat jugak kita tempuhi dengan jayanya...hehe
 big applause to the comittee2x!!! yeeayy. :D

Baiklah...jom kita summarize kan apa yang telah terjadi sewaktu program berlangsung

Program ini telah dijalankan pada 18/6/2011 bertempat di dewan kristal aras tiga...tepat pada jam 8.00 pg sehinggalah 5.00 ptg
seramai 51 orang peserta yang telah mengikuti program ini...maka tahniah diucapkan yaaa :)
kalau makanan pulak...uuiisshhhh...sedap lah. ada bihun goreng...nasi ayam..dan juga chicken chop sedap kan sedap kan? x rugi budak2 nih..dpt makan besar.

Kepada yang x p program ari tu pasti tertanya tanya kan kenapa program  ini dijalankan btul x?

sebenarnya program ini bertujuan untuk
-memperkenalkan ahli baru dan lama...
-lagi satu dapat memantapkan kepimpinan dari segi cara berkomunikasi..
-dan lagi satu...para peserta akan dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat lg..
.buktinya??? facebook peers..semakin meriah dah sekarang :) makasih adik2 peers!

ok.dalam program ini ada LDK...rasanya semua dah tahu kan apa tu LDK...hehe kalau xtahu tu..hehe harap2 tahu la ya.. :)

untuk LDK 1...xde apa2 sgt...cuma para peserta kena bentukkan sebuah kumpulan dan lukis logo dan buat tagline dorg sndiri...dengar kata...mmg gempak la setiap tagline dorg nih...memang sporting sangat sangat!!!

LDK 2 plak..aktivitinya ialah:
1.  menulis karangan bermula dari huruf yang sama...
2.  lepas tu aktiviti telefon rosak..memembina bangunan menggunakan tali rafia..gelang getah.dan cawan plistrine..
3.  psmbahan fairy tale

banyak lagi laa..aktiviti semuanya menarik-menarik belaka...

nak tgk gmbr2 dorg x??
kejap lg yaaa :D
Nantikan....