Seperti yang sedia maklum,minggu peperiksaan bagi pelajar UiTMPP akan bermula tidak lama lagi. Jadi kami dari Biro Motivasi Persatuan Peer Counselor UiTMPP ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang tips-tips persediaan memasuki peperiksaan. Semoga dengan tips-tips dapat membantu sedikit sebanyak dalam kehidupan kita sebagai pelajar.
- Jangan panik! kerana ia mampu menggangu tumpuan kita dalam menjawab kertaspeperiksaan dan menghilangkan hampir 50% ilmu yang kita pelajari selama ini.

- banyakkan ulang kaji mengenai subjek-subjek pelajar lemah. rujuk kembali kertas-kertas peperiksaan yang lepas untuk mengetahui format kertas peperiksaan dan kekerapan topik berkenaan keluar dalam peperiksaan.

- Nota ringkas adalah kaedah yang paling senang untuk mengingati dan mengulang kaji pelajaran. sangat berguna apabila berada di saat-saat akhir sebelum memasuki peperiksaan.
- Setiap insan bergelar pelajar harus mendapat rehat secukupnya untuk sentiasa berada dalam keadaan kekal cergas.

- Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang untuk sentiasa berada dalamkeadaan kekal cergas. Elakkan mengambil makanan yang mengangdungi tahapp kafein yang tinggi kerana mampu membuat pelajar sukar tidur dan hilang tumpuan.
- Tawakal adalah jalan terakhir selepas selesai menjalani peperiksaan. Bagi yang beragama Islam, perbanyakkan solat hajat dan solat tahajud dan berdoa memohon bantuan-Nya.

No comments:
Post a Comment