Sunday, October 17, 2010

Tips persediaan memasuki peperiksaan

Seperti yang sedia maklum,minggu peperiksaan bagi pelajar UiTMPP akan bermula tidak lama lagi. Jadi kami dari Biro Motivasi Persatuan Peer Counselor UiTMPP ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang tips-tips persediaan memasuki peperiksaan. Semoga dengan tips-tips dapat membantu sedikit sebanyak dalam kehidupan kita sebagai pelajar.
  • Jangan panik! kerana ia mampu menggangu tumpuan kita dalam menjawab kertaspeperiksaan dan menghilangkan hampir 50% ilmu yang kita pelajari selama ini.
  • banyakkan ulang kaji mengenai subjek-subjek pelajar lemah. rujuk kembali kertas-kertas peperiksaan yang lepas untuk mengetahui format kertas peperiksaan dan kekerapan topik berkenaan keluar dalam peperiksaan.
  • Nota ringkas adalah kaedah yang paling senang untuk mengingati dan mengulang kaji pelajaran. sangat berguna apabila berada di saat-saat akhir sebelum memasuki peperiksaan.
  • Setiap insan bergelar pelajar harus mendapat rehat secukupnya untuk sentiasa berada dalam keadaan kekal cergas.
  • Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang untuk sentiasa berada dalamkeadaan kekal cergas. Elakkan mengambil makanan yang mengangdungi tahapp kafein yang tinggi kerana mampu membuat pelajar sukar tidur dan hilang tumpuan.
  • Tawakal adalah jalan terakhir selepas selesai menjalani peperiksaan. Bagi yang beragama Islam, perbanyakkan solat hajat dan solat tahajud dan berdoa memohon bantuan-Nya.

Tuesday, October 5, 2010

Salam terakhir...

Salam diucapkan buat pembaca blog Peer Counselor. Seperti yang anda lihat, saya adalah moderator blog ini sehingga pada waktu ini. Tak lama lagi tugas saya akan diambil alih oleh kepimpinan baru memandangkan saya dan rakan-rakan sejawat bakal menamatkan pelajaran kami tidak lama lagi.

Diharapkan moderator baru blog ini akan membentuk blog ini menjadi sesuatu yang lebih interaktif dan berintikan lebih banyak ilmu pengetahuan agar dapat dikongsi kepada orang ramai terutama kepada ahli Peer Counselor dan juga para pembaca setia blog ini.

Setakat ini, perkembangan terbaru persatuan ialah kami baru sahaja selesai mengadakan AGM Akhir Semester dimana Majlis Tertinggi sesi Julai-November 2010 telah pun dibubarkan dan MT baru bakal dilantik serta diumumkan di dalam blog ini dengan kadar segera.

Selepas proses pengambil-alihan moderator baru selesai, blog ini akan terus di update dengan berita terbaru mengenai program yang bakal dijalankan pada semester hadapan dan lain-lain perkara.

Teruskanlah menyokong Persatuan Peer Counselor UiTM Penang dan terus menerus mengikuti blog kami!

Sekian. Wassalam. (^_^)



~Daripada: Chacha, HM110 Semester 5, Julai-November 2010~