Tuesday, March 29, 2011

Family Day 27 Mac 2011

Assalammualaikum dan salam 1 malaysia...


Alhamdulillah...
Pada hari ahad lepas
Program Family Day Peers telah selamat berlangsung 
dengan jayanya di Pantai Merdeka kedah
(rugi no pada yang x mai..macam2 aktiviti diadakan)

Program ini terbuka kepada semua ahli peers yang berminat :)
Seramai lebih dari 40 orang peserta 
yang telah menyertai program ini (woww)

p/s : Semua ahli Peers adalah sangat2 sporting..
itu tidak dapat dinafikan lagi..
Terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan 
oleh semua pihak dan teruskan ke'sporting'an anda yee


Berikut merupakan objektif program ini berlangsung :

- Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli kelab Peers
- Menyemai semangat perpaduan dalam kalangan ahli kelab Peers
- Ahli Peers dapat memahami kepentingan sosial, 
budaya dan tanggungjawab terhadap persekitaran

Ringkasan Program :

Senam Pagi
sebelum melakukan sesuatu aktiviti..
Kita bersenam-senam dahulu
(sebab game2 tuh susah) :p


Pembahagian kumpulan
Para peserta dibahagikan kepada 6 kumpulan
5 orang dalam 1 kumpulan


Aktiviti-aktiviti yang dilakukan
Game 1- Nasib si penoreh getah
Game 2 - Cari belon dalam tepung
Game 3 - Bawak bola pingpong menggunakan chopstik
Game 4 - Perang Air

Sebelum program ini berakhir,
para peserta dihidangkan dengan juadah makanan yang enak-enak belaka

BBQ
Menu : Nasi goreng cina
Ayam
Sausage
nyamm2..sedappp :D

Selepas menikmati juadah yang enak, 
kami meneruskan program dengan
Majlis penutup dan penyampaian hadiah

Kesimpulannyaa...
Program Family Day kali ini agak berbeza 
pengaturcaraannya dari semester yang lalu...
Walaupun terdapat kekangan yang 
terpaksa ditempuhi tetapi 
program ini dapat berjalan dengan lancar

Semoga bertemu lagi 
Sekian , wassalam






Monday, March 28, 2011

Teguran yang berhikmah


Situasi 1 :
korang lepak ngn member2 kt shopping mall lepas tuh korang terserempak ngn member korang yang sorang nih ngah berjalan smbil berpelukan ngn pakwe die..
Apa yang korang akan lakukan???
Pasti korang akan kata :
“taknak la tegur, nanti buat orang sakit hati”
“aku memang tak pandai menegur”
“aku bukan ustaz, biar ustazlah yang tegur…sama-sama belajar ctu jugak”
“ala…kawan2 die kan ade, family die ade, xyah la kite nak tegur”
“ala…kalau kite tegur pun, die bukan nak dgr”
“kubur kita kan lain2, xyah la nak sebok hal orang lain”
Kita semua tak akan terlepas daripada berfikir tentang cara terbaik untuk menegur. Atau mungkin pengalaman menegur orang sebelum ni yang agak mengecewakan membuatkan kita memberhentikan niat murni untuk mengembalikan rakan-rakan ke landasan benar yang diredhai Allah SWT.
Sesungguhnya apa yang kita buat dan orang sekeliling kita buat pasti ada kaitannya dengan kita. Kalau tak, pasti tsunami di Acheh hanya mengorbankan mereka yang berdosa, tidak para alim ulama’.
“Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata, ‘Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau diazab Allah dengan azab yang sangat keras?’ Mereka menjawab ‘Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu dan agar mereka bertaqwa.” (Al-A’raf:164)

Tapi harus diingat, teguran haruslah disampaikan dengan cara yang baik dan berhikmah. Supaya mudah diterima dan juga tidak membawa fitnah kepada agama. Semoga Allah menyelamatkan kita dan rakan-rakan daripada menjadi fitnah kepada Islam.
Ok, berikut merupakan panduan yang diberikan melalui Dr. Fadzilah Kamsah dalam memberi teguran.
1. Niat kena betul
Muhasabah balik, kenapa kita nak menegur? Nak tegakkan syariat? Menyelamatkan sahabat daripada azab Allah? Atau nak mengaibkan or lain2.
2. Baca doa
a. Doa Nabi Musa
“Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, agar mereka mengerti perkataanku” (surah Taha:25-28)
b. Sebut Ya Aziz (Maha Mulia/Perkasa) Al-Jabbar(Maha Pemaksa) Al-Mutakabbir(Maha Besar) dan hembuskan pada sahabat
Tapi janganlah sampai dia perasan yang kita nak jampi dia. Cuma niatkan dengan kuasa Allah, dia dilembutkan hati untuk menerima teguran kita.
c. Surah Taha (1-5)
Harus diingati yaa..ini bukan doa yang melembutkan hati, cuma dibacakan untuk menjadi sebab dilembutkan hati orang yang ingin ditegur.
3. Belai dengan puji-pujian
Manusia memang sifatnya senang apabila dipuji. Even Nurse pun sebelum suntik kita, akan usap-usap dulu tangan kitakan. Jadi, sebelum tegur orang, sebaiknya kita bercakap tentang perkara-perkara yang baik tentang dirinya. Puji pula haruslah ikhlas, bukan hendak membuat dia terangkat ke apa ke, barulah dimudahkan oleh Allah.
4. Fokus kepada perkara yang nak ditegur (jangan mengungkit)
Kalau yang sahabat kita salah tu hari ni, tak perlulah kita mengungkit kesalahan-kesalahannya yang lalu. Seperti contoh yang diberikan oleh dr. Fadzilah, kalau hari ni isteri kita buat air xsedap, kurang gula, tak perlulah tegur dengan berkata, “Sejak kita kahwin, awak tak pernah buat air sedap.” Waa…dah 30 tahun kahwin, baru hari ni cakap selama ni tak sedap. Dah berliter-liter air yang diminum, baru nak ungkit tak sedap. Kecil hati yang mendengar. Marah sekalipun, nak tegur sekali pun, tak perlulah mengungkit. Fokus kepada perkara yang hendak ditegur sahajalah. Tak perlulah masukkan perkataan seperti selama ni, sejak dan lain-lain yang boleh mengecilkan hati penerima teguran.
5. Jangan tinggikan suara
Sesiapa pun, terutamanya wanita, pasti tak suka apabila ditegur dengan nada yang tinggi. Pasti akan timbul rejection dalam hati apabila ditegur dalam nada yang tinggi, kecuali bagi mereka yang benar-benar sabar. Dan jangan menjadikan diri sendiri sebagai indicator untuk orang lain terima teguran kita.
6. Doa supaya dia berubah
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ ra., bahwasannya Rasulullah SAW bersabda,
“Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan.  Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata ‘aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan’” (Shahih Muslim no. 2733)

Berdoalah untuk kebaikan sahabat kita tanpa pengetahuannya. Kalau kita ikhlas untuk mendapatkan yang terbaik untuknya, pasti dikabulkan Allah SWT.
Sesungguhnya yang baik itu dari Allah SWT, dan yang buruk itu adalah dari kelemahan diri saya sendiri. Dan dalam kita berusaha menjadi penegur yang baik, kita juga haruslah berusaha untuk menjadi penerima teguran yang baik. Tak kisahlah bagaimana kita ditegur, bersangka baiklah pada yang menegur dan terimalah dengan hati yang terbuka. Bila ada yang menegur, maknanya ada ruang untuk kita perbaiki diri. Hargailah ia okey ^_^

Saturday, March 26, 2011

Family Day Peers

Rakan-rakan sekalian,
Jom ramai-ramai kita meriahkan lagi program Family Day Peers yang akan diadakan seperti berikut :

Tarikh    : 27 Mac 2011  Hari ahad ni yee...
Masa     : 8 pg - 3 ptg
Tempat  :  Pantai Merdeka , Kedah
Pakaian  : Sukan je.. tp bawak baju lebih tau..
                Kain Pelekat ngn kain batik bawak jugak utk yg bkenaan..



  -Peers is looking forward to see you there-
   Mai jangan tak mai :D

Thursday, March 3, 2011

Kem Kepimpinan Peers

Assalamualaikum..
         sahabat..ooohhHH!!!..sahabat..

Ni nak habaq mai...jumat depan 11/3/2011bersamaan dgn 6 Rabi Al-Akhir 1432.. kelab kita de ngadakn program "Kem Kepimpinan Peers"..di Taman Negeri Bukit Panchor..moh la join ye..limit tuk 24org je ye..spe cepat dia dpt..