Tuesday, March 29, 2011

Family Day 27 Mac 2011

Assalammualaikum dan salam 1 malaysia...


Alhamdulillah...
Pada hari ahad lepas
Program Family Day Peers telah selamat berlangsung 
dengan jayanya di Pantai Merdeka kedah
(rugi no pada yang x mai..macam2 aktiviti diadakan)

Program ini terbuka kepada semua ahli peers yang berminat :)
Seramai lebih dari 40 orang peserta 
yang telah menyertai program ini (woww)

p/s : Semua ahli Peers adalah sangat2 sporting..
itu tidak dapat dinafikan lagi..
Terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan 
oleh semua pihak dan teruskan ke'sporting'an anda yee


Berikut merupakan objektif program ini berlangsung :

- Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli kelab Peers
- Menyemai semangat perpaduan dalam kalangan ahli kelab Peers
- Ahli Peers dapat memahami kepentingan sosial, 
budaya dan tanggungjawab terhadap persekitaran

Ringkasan Program :

Senam Pagi
sebelum melakukan sesuatu aktiviti..
Kita bersenam-senam dahulu
(sebab game2 tuh susah) :p


Pembahagian kumpulan
Para peserta dibahagikan kepada 6 kumpulan
5 orang dalam 1 kumpulan


Aktiviti-aktiviti yang dilakukan
Game 1- Nasib si penoreh getah
Game 2 - Cari belon dalam tepung
Game 3 - Bawak bola pingpong menggunakan chopstik
Game 4 - Perang Air

Sebelum program ini berakhir,
para peserta dihidangkan dengan juadah makanan yang enak-enak belaka

BBQ
Menu : Nasi goreng cina
Ayam
Sausage
nyamm2..sedappp :D

Selepas menikmati juadah yang enak, 
kami meneruskan program dengan
Majlis penutup dan penyampaian hadiah

Kesimpulannyaa...
Program Family Day kali ini agak berbeza 
pengaturcaraannya dari semester yang lalu...
Walaupun terdapat kekangan yang 
terpaksa ditempuhi tetapi 
program ini dapat berjalan dengan lancar

Semoga bertemu lagi 
Sekian , wassalam






1 comment:

FiNa said...

nak gambar! nak gambar!

*terus hilang semangat nak komen bila ada word verification kat bawah tuh. huhu... apakata korang buang je word verification tuh.. hohoho