Thursday, June 16, 2011

Perubahan Tempat Sutera Kasih


Assalamualaikum...

Pertama sekali Kelab Peers ingin memohon maaf  kepada peserta-peserta Sutera Kasih yang akan diadakan pada hari sabtu ini kerana terdapat perubahan tempat untuk kita menjalankan program Sutera Kasih untuk semester ini.

Program tu tetap akan berlangsung...dun worry...insya-allah..hehe :)

Cuma tempatnya telah ditukarkan dari Bilik Perdana KE Dewan serbaguna Kolej Kristal Aras 3 ye.. xpekan ditukar...besar jugak dewan tu...untuk keselesaan anda semua juga sepanjang program berlangsung......hehe :)

Tolong maklum kan kepada rakan-rakan anda!

Kami menantikan kedatangan anda!

Salam. Jumpa DI sana....

Tuesday, June 14, 2011

Sutera kasih



Salam 1 Malaysia!

Haaa...semestinya ramai yang dah tahu kan pasal program pertama Peers ini iaitu Sutera Kasih...
Program ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara ahli Peers yang baru dan yang lama melalui aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut.

Harap ramai lah yang akan dapat join program ini yaa...

Rugi kalau x mai
tengok notis kat atas tu nampak gempak kan? semestinya program tu lagi gempak V^____^V
Ahli-ahli Peers semua sangat lah sporting!!!




Jumpa Anda Di Sana!


Friday, June 10, 2011

Next Meeting

Salam mesra!

Pemberitahuan mengenai perjumpaan seterusnya telah ditukarkan pada :


hari ahad
12 Jun 2011
jam 8.30 malam
bertempat di BKA 0.2

Segala kesulitan amat dikesali

Harap Maklum!


Sunday, June 5, 2011

Kem Kepimpinan * Updated*

Salam Muhibah. Rakan Peers!!

Masih ingat lagi x kem kepimpinan Peers kat Taman Negeri Bukit Panchor pada 11-13 Mac 2011 lalu??
Hari tu x update lg kan..sorry yaa lambat..ada masalah teknikal sikit. hehe :)

Alhamdulillah kami dapat menempuhi segala dugaan dan rintangan dan halangan dan kekangan yang berlaku sepanjang kem tersebut. Dengan itu...hubungan silaturrahim antara Peers dapat dieratkan lagi dengan adanya adik-adik Peers yang baru. Terima Kasih Kepada Semua ^__^

Semoga kita berjumpa lagi di program yang akan datang. Sila lah Enjoy slide show kat bawah yaa .



Friday, June 3, 2011

Sutera Kasih Mei - Okt 2011

Rakan-rakan Peers,

Jangan lupa tau look forward to Sutera Kasih..tak lama je lagi..ada lagi 2 minggu...countdown laa..jom pakat turun ramai-ramai..mari lah kita support dan memeriahkan lagi program kak Hanis kita yang comel nih. (saja nak bodek) hahaha :D

Ohya...pelbagai aktiviti yang akan diadakan untuk para peserta..nak tau x apa dia??haaa....tungguuuuuuu..... biaq surprise sikit kan ^__^


Bab makan hampa semua toksah dok risau..confirm disediakan...insya-allah mengenyangkan...itu ja yang dapat kita kongsikan setakat ni.nak tau lebih??details seterusnya akan menyusul tak lama lagi..
nantikan kemunculannya yaa :p

Oh! terlupa lagi..nih..nak habaq mai.sedia-sedia laa duit no. yuran keahlian jangan lupa bayaq tau. RM5 ja..* ofcos bayaq setiap sem..nama pun ahli :) bukan sekali seumur hidup ..apa hampa ingat ini life insurans ka nak bayaq sekali ja..sapa dia dok habaq lagu tu??? *___*

tp xpa..rahsia kita-kita ja no..sshhhh!! bukan mahal pun...bayaq la kamu sebelum kamu dibayaqkan.

Amacam ok x bahasa utara tu?hehe..mintak maap la kalu salah yaa..tengah belajar lagi ni..dah duk utara nih rugi la kalau tak belajar kan? ^^__^^ mana lah tau kot2 tersangkut ngan salah seorang ooppssss2x!! TERmerepek lebih la plak.. dah la dah la..nak stop dah ni..kang abang president marah kang..naya plak..mintak maap yee abang president :D hehe


Jumpa Lagi!
Assalamualaikum.

Bertemu Kembali

Alhamdulillah..Pada 3 Jun 2011 bersamaan dengan hari jumaat tepat tapi x tepat..hanya lebih kurang jam 8.45 malam Perjumpaan pertama Peers bersama AJK baru untuk tahun 2011 telah selamat berjalan dengan lancar. Kebetulan pulak masa tu Maharaja Lawak kan LIVE lagi..apa lagi budak-budak yang tertentu tuh..nak la balik cepat-cepat..terutamanya Abang Syafiq kan :) xnak miss tengok cerita tu. tapi xpe..kita proceed ngan cerita kita hendaknya yaa..

Sebelum tu.Kelab Peers mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ajk-ajk yang terlibat menjayakan meeting malam tadi..hehe..Kerjasama dari anda sangat-sangat kami hargai. kepada Cik zulaikha..Peers mendoakan semoga adik cepat sembuh yaa..walaupun demam tapi datang jugak meeting tadi.dok luar kan? xpe..responsibility comes first. awat bgtau??saja ja..nak buat gempak sikit..hehe

Orait.. mesti ada antara korang yang tertanya-tanya kan kenapa meeting nih untuk ajk sahaja..Begini ya adik-adik dan rakan-rakan sekalian...meeting tadi diadakan khas bagi membincangkan mengenai program-program yang insya-allah akan dijalankan pada semester ini..wa cakap kat lu..program sem ni best bro.. bak kata Nabil Raja Lawak kan..

Baik list je kn program-program yang kita akan adakan tuh.Senang untuk tatapan korang.hehe okey program yang kita akan adakan pada sem ni ialah :

1. Sutera Kasih      ( 18 Jun 2011 )
2. Back To School    ( 25 Jun 2011 )
3. Perhimpunan Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya    (9   Julai 2011 )
4. Kem Kepimpinan Peers II       ( 29-31 Julai 2011 )

nak lagi ke?? xpe..akan datang yaa..

Jangan lupa meeting seterusnya insya-allah akan diadakan pada tempat, hari dan waktu yang sama pada 10 jun 2011 ini. see you there.













Wednesday, June 1, 2011

salam Mesra...

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia rakan-rakanKu.

Apa khabar rakan-rakan Peers sekalian? Sihat x? mesti la sihat kan..kalau x..masakan ceria je sewaktu melangkah ke "alam UITM" ni..btoi x?^___^

pertama sekali dan pertamanya...tahniah kepada rakan-rakan yang telah Mendapat DEKAN pada semester yang lepas..keep it up yaa..dan kepada rakan-rakan yang result tu menurun sedikit ke banyak ke xpe...semester ini cuba lagi yaa..jangan putus asa...pasti ada hikmah di sebalik semua kejadian ini..

Seterusnya....Ucapan terima kasih yang tidak terhingga daripada Kelab Peer Counselor kepada rakan-rakan peers yang telah pun menamatkan zaman Diploma mereka di Uitm Pulau Pinang ini.Atas usaha dan kerja keras mereka selama ini maka kelab Peers dapatdi 'maintain'kan sehingga la sekarang dan insya-allah generasi yang seterusnya kan ^___^

Okey...lagi...



Perhatian yaa kepada rakan-rakan Peers atau lebih specific lagi kepada AJK-AJK Kelab Peers!!!

Perjumpaan pertama Peers bersama Ajk sahaja akan diadakan pada :

Hari     : Jumaat ( 3 JUN 2011 )
Jam      : 8.30 malam
tempat : BKA0.2 (alaa...tempat biasa okey)


Diharap kerjasama dari semua pihak yang berkenaan untuk hadirkan diri anda pada hari,waktu dan tempat tersebut bagi membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang semester ini.


Maklumat lanjut akan di'update'kn secepat yang mungkin yaa... Terima Kasih.