Friday, June 3, 2011

Bertemu Kembali

Alhamdulillah..Pada 3 Jun 2011 bersamaan dengan hari jumaat tepat tapi x tepat..hanya lebih kurang jam 8.45 malam Perjumpaan pertama Peers bersama AJK baru untuk tahun 2011 telah selamat berjalan dengan lancar. Kebetulan pulak masa tu Maharaja Lawak kan LIVE lagi..apa lagi budak-budak yang tertentu tuh..nak la balik cepat-cepat..terutamanya Abang Syafiq kan :) xnak miss tengok cerita tu. tapi xpe..kita proceed ngan cerita kita hendaknya yaa..

Sebelum tu.Kelab Peers mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ajk-ajk yang terlibat menjayakan meeting malam tadi..hehe..Kerjasama dari anda sangat-sangat kami hargai. kepada Cik zulaikha..Peers mendoakan semoga adik cepat sembuh yaa..walaupun demam tapi datang jugak meeting tadi.dok luar kan? xpe..responsibility comes first. awat bgtau??saja ja..nak buat gempak sikit..hehe

Orait.. mesti ada antara korang yang tertanya-tanya kan kenapa meeting nih untuk ajk sahaja..Begini ya adik-adik dan rakan-rakan sekalian...meeting tadi diadakan khas bagi membincangkan mengenai program-program yang insya-allah akan dijalankan pada semester ini..wa cakap kat lu..program sem ni best bro.. bak kata Nabil Raja Lawak kan..

Baik list je kn program-program yang kita akan adakan tuh.Senang untuk tatapan korang.hehe okey program yang kita akan adakan pada sem ni ialah :

1. Sutera Kasih      ( 18 Jun 2011 )
2. Back To School    ( 25 Jun 2011 )
3. Perhimpunan Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya    (9   Julai 2011 )
4. Kem Kepimpinan Peers II       ( 29-31 Julai 2011 )

nak lagi ke?? xpe..akan datang yaa..

Jangan lupa meeting seterusnya insya-allah akan diadakan pada tempat, hari dan waktu yang sama pada 10 jun 2011 ini. see you there.













No comments: