Friday, August 14, 2009
PROGRAM KEPIMPINAN BUKIT LARUT PERAK (SESI JULY-NOV 08)
Eh, kita berada di mana ni? Haaa... Selamat datang ke Bukit Larut, Perak.
Di kaki Bukit Larut inilah ahli PEERS mengasah sifat kepemimpinan yang ada dalam diri mereka melalui program "Kem Kepimpinan Bukit Larut".
Objektif kem ini, seperti juga namanya, diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada ahli PEERS mengekspresikan kebolehan mereka sebagai seorang pemimpin melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Di sinilah dapat kita dengarkan suara-suara yang dahulunya sayup kedengaran kini kian lantang mengutus hujah-hujah bernas.
Daripada program ini juga, kami dapat mengenalpasti ahli PEERS yang berbakat besar dalam bidang kepimpinan bagi menerajui Persatuan Peer Counselor pada fasa-fasa yang seterusnya. Hal ini sangat penting dan kritikal agar persatuan terus 'hidup' dan bergerak aktif pada setiap penggal.
Mengapa tema 'kepimpinan' dipilih?
Manusia diciptakan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Maka, kita seharusnya tahu bahawa setiap seorang daripada kita adalah pemimpin. Sekurang-kurangnya kita adalah pemimpin pada diri kita sendiri.
Dari sudut itu, timbullah kesedaran akan betapa pentingnya melahirkan sifat kepemimpinan yang ada dalam diri kita.
Tambahan pula, sebagai generasi muda a.k.a pelapis generasi pemimpin masa kini, adalah penting bagi kita melatih diri menjadi seorang pemimpin yang bakal menerajui negara pada masa hadapan.
Atas kesedaran ini, maka Kem Kepimpinan Peers telah diadakan dan dijadikan program berterusan bagi persatuan kami setiap tahun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment