Friday, August 14, 2009

ukhuwah ramadhan & hari anugerah peers



Tibalah bulan Ramadhan al-Mubarak, bulan yang diselubungi keberkatan. Umat Islam berlumba-lumba melakukan ibadah demi mengejar keredhaanNya. Begitu juga Persatuan Peer Counselor tidak ketinggalan melepaskan peluang tersebut.

Bersempena bulan penuh kemuliaan ini, kami mengadakan program
"Ukhuwah Ramadhan & Hari Anugerah PEERS"
bagi menjalin dan mengukuhkan silaturrahim sesama ahli PEERS,
serta mengiktiraf biro terbaik dan individu yang telah banyak menabur bakti sepanjang berkhidmat di dalam persatuan ini.

Seramai 70 orang ahli PEERS membanjiri Bilik Perdana I seawal jam 6.30 petang bagi acara berbuka puasa. Setelah selesai menjamu selera, peserta beransur menunaikan solat Maghrib di surau berdekatan di Bangunan Perdana tersebut.
Seterusnya, majlis penyampaian anugerah bagi Biro Terbaik, dan hadiah individu seperti ahli PEERS paling berdedikasi, ahli PEERS baru berpotensi, dan banyak lagi.

Bagi menyerikan lagi program ini, kami adakan suatu acara yang cukup istimewa iaitu majlis pertukaran hadiah. Ahli PEERS yang hadir dikehendaki membawa hadiah setiap seorang mengikut keinginan dan kreativiti masing-masing, dikumpulkan dan ditampal nombor. Peserta juga telah diberi nombor semasa pendaftaran. Kemudiannya, acara ini dijalankan seperti juga cabutan bertuah.

Pelbagai ragam dan aksi dapat dirakamkan di saat para peserta membuka hadiah mereka. Ada yang pernah menerima sebuah frame berisi gambar Family Day Peers. Ada yang menerima plushie, kraftangan buatan sendiri dan 1001 rupa hadiah yang menarik lagi bermakna.

Begitulah bermakna dan meriahnya majlis ini. Tidak sabar rasanya menanti Ramadhan pada tahun hadapan. Semoga berjumpa lagi!

No comments: