Tuesday, October 5, 2010

Salam terakhir...

Salam diucapkan buat pembaca blog Peer Counselor. Seperti yang anda lihat, saya adalah moderator blog ini sehingga pada waktu ini. Tak lama lagi tugas saya akan diambil alih oleh kepimpinan baru memandangkan saya dan rakan-rakan sejawat bakal menamatkan pelajaran kami tidak lama lagi.

Diharapkan moderator baru blog ini akan membentuk blog ini menjadi sesuatu yang lebih interaktif dan berintikan lebih banyak ilmu pengetahuan agar dapat dikongsi kepada orang ramai terutama kepada ahli Peer Counselor dan juga para pembaca setia blog ini.

Setakat ini, perkembangan terbaru persatuan ialah kami baru sahaja selesai mengadakan AGM Akhir Semester dimana Majlis Tertinggi sesi Julai-November 2010 telah pun dibubarkan dan MT baru bakal dilantik serta diumumkan di dalam blog ini dengan kadar segera.

Selepas proses pengambil-alihan moderator baru selesai, blog ini akan terus di update dengan berita terbaru mengenai program yang bakal dijalankan pada semester hadapan dan lain-lain perkara.

Teruskanlah menyokong Persatuan Peer Counselor UiTM Penang dan terus menerus mengikuti blog kami!

Sekian. Wassalam. (^_^)



~Daripada: Chacha, HM110 Semester 5, Julai-November 2010~

3 comments:

The Junior Chef (proalltime) said...

Kepada moderator lama.. terima kasih yg x terhingga diucapkan diatas segala jasa yang di curahkan selama ini... Terima Kasih

Anonymous said...

salam. chatbox dah xde, tataw nak cakap kat mana. yg uitm perak tu nama mereka KKRS ya. harap jgn ditukar itu.

and tab ilmu tu, baagi nama mcm "sudut ilmu" ke. ehehe.

xpe2, tau dlm construction lg. anyway, tq n good luck! =)

Anonymous said...

ohh. sorry...lg satu.. peer counselor xde S ya.. PEER COUNSELOR. eja betul2 tau.... tq...