Saturday, June 30, 2012

Puasa

Salam satu Peers. Bulan puasa kini menjelang tiba. Saya rase semua sudah pun tahu tentang perkara ini, tetapi ingin saya ingtkan kembali.. ^^


Apakah syarat-syarat sahnya puasa?

1.Islam - orang-orang kafir tidak wajib berpuasa.
 2.Sampai Umur (Akil Baligh) - kanak-kanak belum
 cukup umur tidak wajib berpuasa.
 3.Berakal (Siuman) - orang yang gila tidak wajib berpuasa.
 4.Kuasa(Berdaya) Berpuasa - orang sakit yang merbahaya, orang tua yang lemah dan sebagainya
tidak wajib berpuasa.
 5.Bermukim - orang yang dalam pelayaran (bermusafir) lebih dari dua marhalah tidak diwajibkan berpuasa,
tetapi wajib qadak.




dipetik dari http://www.jais.gov.my/ramadhan/syaratpuasa.php

Wednesday, June 20, 2012

Sutera Kasih


Menjanjikan anda sehari yang penuh bermakna dipenuhi dengan cinta yang dimulakan dengan

Kepetahan Sang Pujangga. iaitu suatu program yang akan membolehkan setiap ahli berkenalan dengan sepenuhnya bak kate pepatah 'tak kenal maka tak cinta'.

Seterusnya Xtreme Factor yang dipenuhi dengan aksi dan cabaran yang tiada batasan. Saat yang tidak mungkin anda lupakan bersama ahli - ahli Peers.

Masquerade Night. Tema yang akan digunakan semasa dinner pada malam itu, memberikan anda suasana yang tidak pernah anda semua rasakan.

Jika berminat sila berikan nama anda kepada
   Anne         013-4675083
   Iskandar    019-8482043
semua pelajar UiTM Penang dialu-alukan untuk hadirkan diri.
Lets make our moments unforgetable. xD

Wednesday, June 6, 2012

Sahabat Sejati

Alqamah berpesan kepada puteranya,katanya : Wahai anakkku!Kiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang,maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :


  1. Jika engkau membuat bakti kepadanya,ia akan melindungimu
  2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya,ia akan membalas baik persahabatanmu itu.
  3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya,ia akan membantumu.
  4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya,ia akan menerima dengan baik.
  5. Jika ia mendapat sesuatu kebaikan (bantuan) daripadamu,ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.
  6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu,ia akan menutupnya.
  7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya,ia akan mengusahakannya.
  8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta ),ia akan menanyakan kesusahanmu.
  9. JIka datang sesuatu bencana menimpa dirimu,ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu ).
  10. Jika engkau berkata kepadanya,niscaya ia akan membenarkanmu.
  11. Jika engkau merancangkan sesuatu,niscaya ia akan membantumu.
  12. Jika kamu berdua berselisih faham,niscaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
Berkata Saidina Ali a.s :
” Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada disampingmu.Ia sanggup membahayakan dirinya demi kemaslahatanmu.Sanggup mengorbankan segala-gala untuk kepentingan dirimu.”
Mari sama-sama kita terokai diri kita,muhasabah diri kita.Buat peringatan bagi diri ini sebenarnya,jarang sekali kita memuhasabah hubungan kita dengan manusia.
Alqamah disini menjelaskan ciri-ciri untuk mencari sahabat yang sejati,tetapi kita seharusnya menjadikan ciri-ciri itu terbentuk dalam diri kita.Moga kitalah yang akan menjadi sahabat sejati semua orang.Mudah-mudahan dengan segala kekuatan dan bantuan dari Allah,kemudian dihiasi pula dengan akhlak mulia ajaran Rasulullah SAW,beserta ciri-ciri yang baru sahaja kita baca tadi dapat menarik lebih ramai orang kafir malah orang Islam sendiri lebih mencintai dan memahami Islam.
Wallahualam.
Sumber :Bimbingan mukminin ( adaptasi daripada ihya’ ulumuddin,Imam Ghazali )