Tuesday, May 10, 2011

Cinta???

Seperti yang kita ketahui..gejala "couple-couple" ni memang sangat berleluasa.         ( kenapa perkataan couple tu kaler PINK?? aku sengaja buat macam tu..JAMBU la katakan..bukan JAMBU maharaja lawak..tapi JAMBU untuk dimakan)okeh! Kita teruskan dengan perbincangan kita hari ni tentang CINTA. xyah la nk ambik contoh mana2..kita ambik contoh yang dekat aje. Somewhere Near Penang. ( sbb aku bermastautin kat sne)  Bukan main lagi anak-anak remaja zaman sekarang nih kan...tanpa segan silu buat sesuka hati mereka. alaa..korang faham2 laa.. bila orang lain nampak budak2 yang tertentu nih buat sesuatu..mula lah tersebar cerita-cerita yang x sedap didengar..nih yang buat fed-up nih. Apa tidaknya..orang-orang luar pun dah tahu tentang cerita2 tuh..lalu mengaibkan nama individu tersebut sekali gus nama parents dan nama university tempat individu itu study. x cukup lagi ke ceramah-ceramah yang diadakan untuk menyedarkan korang tentang "sentuh" antara satu sama lain yang bukan muhrim ini?


Sebenarnya...budak2 yang berkaitan nih masih belum memahami sepenuhnya perkataan CINTA tersebut.Pada dorang..cukup sekadar berkata "saya sayang awak" "I LOVE YOU" "i dont miss you"   apa semua nih? lain la kalau kata kat parents macam nih kan sejuk perut ibu mengandungkan awak kan? Baiklah..mari kita sama2 memahami maksud..erti...makna CINTA yang sebenar


Cinta adalah salah satu sumber kekuatan unik dalam diri manusia. Ia menjadi tenaga penggerak hati dan jiwa yang akan menghasilkan sikap, perbuatan dan perilaku. Cinta  seperti yang terurai dalam sebait sajak dari film laris indonesia, Ketika Cinta Bertasbih:
Cinta adalah kekuatan yg mampu
mengubah duri jadi mawar
mengubah cuka jadi anggur
mengubah sedih jadi riang
mengubah amarah jadi ramah
mengubah musibah jadi muhibah.
Namun demikian, cinta pun boleh menghasilkan perubahan yang sebaliknya: mengubah mawar menjadi duri, dan seterusnya.

 Seperti sabda Rasulullah saw:
 "hati itu bersifat gampang terbolak-balik bagaikan bulu yang terombang-ambing oleh angin yang berputar-putar. Sebagaimana amal-amal dan perilaku kita yang senantiasa bersumber dari niat dan motivasi di dalam hati, maka cinta pun bisa mewujud dengan dasar niat yang beraneka rupa. Ada cinta yang tulus, penuh kerelaan. Namun ada pula cinta yang penuh duri dan racun. Ada cinta yang merupakan buah keimanan dan ketaqwaan. Namun ada pula cinta yang berlandaskan nafsu hina"

Bagi seorang muslim dan beriman, cnta terbesar dan cinta hakiki ialah cinta kepada Allah. Bentuk cinta dapat kita wujudkan dalam berbagai rupa tanpa batas ruang dan waktu dan kepada siapa atau apa saja asalkan semuanya bersumber dari kecintaan kita kepada Allah dan kerana menggapai redha-Nya.

Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. (Al-Baqarah: 165)

Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (ikutilah Muhammad saw.), nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. (Ali Imran: 31)

“Tali iman yang paling kuat adalah cinta kerana Allah dan benci kerana Allah.” (HR. At Tirmidzi)

agar cinta tidak menjerumuskan kita ke dalam lubang kehinaan, ada baiknya kita mengambil hikmah dari sumber-sumber islam dan perkataan para ulama berikut ini.
Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.
Hamka
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.
Hamka
Tanda cinta kepada Allah adalah banyak mengingat (menyebut) Nya, karena tidaklah engkau menyukai sesuatu kecuali engkau akan banyak mengingatnya.
Ar Rabi’ bin Anas (Jami’ al ulum wal Hikam, Ibnu Rajab)
Aku tertawa (heran) kepada orang yang mengejar-ngejar (cinta) dunia padahal kematian terus mengincarnya, dan kepada orang yang melalaikan kematian padahal maut tak pernah lalai terhadapnya, dan kepada orang yang tertawa lebar sepenuh mulutnya padahal tidak tahu apakah Tuhannya redha atau murka terhadapnya.
Salman al Farisi (Az Zuhd, Imam Ahmad)
Sesungguhnya apabila badan sakit maka makan dan minum sulit untuk tertelan, istirahat dan tidur juga tidak nyaman. Demikian pula hati apabila telah terbelenggu dengan cinta dunia maka nasihat susah untuk memasukinya.
Malik bin Dinar (Hilyatul Auliyaa’)
Cintailah kekasihmu sekadarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi musuhmu. Dan bencilah musuhmu sekedarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi kekasihmu.
Ali bin Abi Thalib
Engkau berbuat durhaka kepada Allah, padahal engkau mengaku cinta kepada-Nya? Sungguh aneh keadaan seperti ini. Andai kecintaanmu itu tulus, tentu engkau akan taat kepada-Nya. Karena sesungguhnya, orang yang mencintai itu tentu selalu taat kepada yang ia cintai.

 Demikianlah beberapa kutipan dari sedikit tokoh-tokoh islam.Semoga kita ambil hikmah daripadanya. Semoga Allah memudahkan segala urusan anda dan memberikan manfaat kepada anda sekalian. Insya-allah.








Wallahualam.



Monday, May 9, 2011

Kesihatan Mental AM

Sedikit informasi ingin saya kongsi untuk menjadi rujukan kita bersama!


Pernah anda bertanya kepada diri anda sendiri :Saya tidak menghidap sakit mental. Jadi adakah mental saya sihat?



  • Menurut Polisi Kesihatan Mental Malaysia, - Kesihatan Mental merujuk kepada keupayaan individu, kumpulan dan persekitaran untuk berinteraksi di antara satu sama lain bagi menjana perasaan sejahtera dan fungsi yang optima dan penggunaan kebolehan kognitif / intelek, afektif / emosi dan perhubungan dalam mencapai matlamat individu dan kumpulan yang konsisten dengan keadilan.(Adaptasi dari Kanada)
  • Secara amnya anda mempunyai kesihatan mental yang positif jika anda:
    • Selesa dengan diri sendiri
    • Selesa dengan orang lain
    • Selesa dengan persekitaran
    • Dapat memenuhi tuntutan kehidupan
  • Individu yang sihat mental dapat mengekalkan fungsi biologi, psikologi, sosial dan kerohanian yang baik
Langkah-Langkah Mudah Untuk Mencapai Kesihatan Mental Yang Baik
  • Mengamalkan cara hidup sihat
  • Berpandukan Kenyataan (Be Realistic)
  • Berfikir dengan positif
  • Buat keputusan secara bijak
  • Cari kawan
  • Dengar suara hati anda
  • Belajar menangani kritikan dengan baik
  • Belajar menjadi diri sendiri
  • Belajar untuk menyukai diri sendiri
  • Belajarlah berkata "TIDAK"
  • Rancang masa anda dengan baik
  • Jarakkan perubahan-perubahan dalam hidup
  • Bina keluarga bahagia
  • Kongsi masalah anda dan mendapat bantuan dari professional bila diperlukan.
  • Amalkan nilai-nilai keugamaan dan moral yang baik.
Mengamalkan cara hidup sihat
  • Makan makanan seimbang
  • Mengekalkan berat unggul
  • Meluangkan masa untuk rehat dan riadah
  • Cukup tidur dan rehat
Berpandukan Kenyataan (Be Realistic)
  • Mengenali kekuatan dan kelemahan diri anda.
  • Mensasarkan matlamat yang boleh dicapai.
  • Belajar menerima apa yang anda tidak boleh ubah.

Cari kawan
  • Mempunyai kawan untuk berbual dan ketawa bersama.
  • Menghormati pandangan mereka dan bersabar.
Dengar suara hati anda
  • Suara hati/perasaan memberitahu anda apa yang sedang berlaku, apa yang anda perlukan, juga apa yang penting untuk diri anda.
  • Suara hati/perasaan akan memberitahui anda bila anda perlu menjaga diri anda seperti:
    • Mencari teman bila kesunyian.
    • Menangis bila bersedih.
    • Menyanyi dan tersenyum bila gembira.
Anda boleh berpura-pura untuk tidak berasa apa-apa namun anda tetap ada perasaan, berikut adalah beberapa perasaan yang kuat kita alami sesekali dalam hidup:
  • Keseorangan
  • Disayangi
  • Ketakutan
  • Kesedihan.
  • Tiada upaya
  • Malu

Hukum Sambutan Hari Ibu

Sudah pasti semua orang sudah biasa dengan ucapan Happy mother’s daysempena menyambut Hari Ibu. Secara ringkasnya Hari Ibu ialah hari pengiktirafan kaum ibu, yang disambut pada hari-hari berbeza di kebanyakan tempat merata dunia. Ia juga disambut pada hari berbeza antara negara kerana berbagai-bagai asal-usulnya. Di negara Malaysia pulak, sebagaimana US, Jepun, Netherlands, Australia, Austria, Canada, China, Italy, Hongkong, Finland, Switzerland, Turki dan beberapa negara lain menyambut sambutan Hari ibu pada hari Ahad kedua bulan Mei. Maknanya bagi 2011 ni sambutan hari ibu jatuh pada 8 Mei 2011.



Manakala negara di Timur Tengah seperti Iraq, Oman, Jordan, UAE, Arab saudi, Kuwait, Sudan, Palestin, Mesir pula menyambutnya pada permulaan musim bunga iaitu 21 Mac sementara Hari Ibu di Indonesia ialah pada 22 Disember.
Sambutan hari ibu juga diambil perhatian berikutan timbul isu dari  artikel wiki mengenai asal-usul hari tersebut iaitu:
"Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini."

 Berdasarkan itu terdapat pendapat yang mengatakan umat islam tidak harus meraikan sambutan hari ibu kerana dikhuatiri terpengaruh dengan tradisi dan ajaran bangsa Yunani tersebut.
Pada masa yang sama berdasarkan artikel yang ditemui semasa mencari sumber mengenai kesahihan dan hukum sebenar mengenai sambutan hari ibu ni, contohnya darimysuperkids.net yang menjelaskan bahawa :
Jabatan Mufti Selangor mengeluarkan kenyataan mengenai sambutan hari ibu:
1. Sambutan yang sederhana dan tidak membazir
2. Sambutan yang menzahirkan rasa syukur atau takziah jika ditimpa musibah.
3. Sebaik-baik sambutan ialah solat jemaah, majlis tahlil, doa selamat dan sebagainya.
4. Muhasabah diri para ibubapa ke atas tanggungjawab yang dipikul selama ni.
5. Koreksi diri ibu untuk menjadi contoh terbaik bagi anak2nya.
6. Mewujudkan persekitaran yang baik untuk perkembangan anak-anak.
7. Mengambil langkah proaktif untuk mempertingkatkan parenting skills.

Tanpa ibu siapalah kita semua ni, sehebat mana individu tu tapi kalau tidak kasih dan sayang terhadap ibunya sendiri maka tidak bernilai hidupnya kerana sudah jelas bahawa syurga itu terletak di bawah kaki ibu. Wallahualam.

Ibu ‘keringkan hati’ cari jasad anak dalam sungai

from MyMetro :


KUALA PILAH: Sambutan Hari Ibu tidak bermakna bagi seorang wanita apabila kehilangan tiga puterinya sekali gus dalam kejadian arus deras di Hutan Lipur Ulu Bendul, di sini, Selasa lalu.
Lebih meruntun jiwa apabila jasad seorang anaknya belum ditemui sehingga kini.


Keadaan itu menyebabkan Wan Azleela Wan Abdullah, 33, masih tekad berusaha mencari jasad anak bongsunya, Nurshaza Shakinah Said, 2, walaupun kejadian masuk hari keenam, semalam.
Malah, ibu berjiwa kental itu mengetepikan kesedihan kehilangan tiga anak kesayangannya serentak dalam kejadian fenomena ‘kepala air’ itu untuk turut serta turun ke sungai bagi mencari anak bongsunya.


Menurut Wan Azleela, dia amat sedih kerana tidak berpeluang menyambut Hari Ibu bersama anak-anaknya.


“Tiada lagi kucupan dan rengekan manja mereka. Hanya Tuhan tahu perasaan ini dan saya nekad mahu memastikan anak bongsu saya itu mempunyai pusara.
“Saya amat berharap Shakinah ditemui kerana bila ada jasad bermakna akan ada kubur mereka. “Saya boleh melawat kubur untuk mengubat kerinduan terhadap mereka,” katanya.


Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Hasan Malek dan isterinya, Datin Norainee Mohd Yatib meluangkan masa menziarah keluarga mangsa di lokasi kejadian, semalam.
Wan Azleela berkata, air matanya sudah kering menangisi pemergian tiga anaknya itu termasuk Nurshaza Alisa, 5, Nurshaza Azira, 4.


“Sejak anak-anak hilang, saya menyertai gerakan mencari tidak kira siang atau malam tanpa mempedulikan kesejukan air sungai.


“Namun, saya tahu mereka gembira dan riang di sana. “Apabila bersendirian, saya sentiasa melihat Shakinah tersenyum ke arah saya.


“Saya berdoa mereka dirahmati Allah. Saya juga berharap mereka mendoakan saya tabah menjalani hidup ini di dunia tanpa kehadiran mereka di sisi,” katanya.


Sementara itu, Hasan berkata, seorang kaunselor Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Pilah ditugaskan memberi khidmat kaunseling kepada keluarga mangsa supaya dapat menerima hakikat kejadian berkenaan.


Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Jaafar Baba berkata, pihaknya kini membahagikan kumpulan mencari dan menyelamat (SAR) kepada dua kumpulan membabitkan kawasan sungai yang dalam dan tempat berkelah.


-Mari lah kita mendoakan agar kanak-kanak malang itu dapat ditemui.

Sikap- Attitude


Bersikap positif
Apa itu SIKAP
  • Sikap adalah tingkah laku yang lahir dari emosi. Ia adalah kumpulan keterlaluan/perangai yang ditunjukan oleh seseorang terhadap orang lain.
  • Ia merupakan komponen emosi dan salah satu perkara yang sukar di fahami dan diurus.

Bagaimana Sikap di Perlihatkan


Perkataan yang digunakan-"Boleh saya tolong……."
"Maaf,……"

Air muka

-

senyum
Budi bahasa
-

Bersopan santun
Kurang sopan

Nada bahasa

-

Lembut, marah

Pembawaan diri (Imej)

-

Kemas, bersih

Pakaian

-

Kotor, bersih

Cara berjalan

-

Bertenaga, tak bermaya

Posture

-

Tegap, Bongkok


Sikap dan perhubungan manusia
Apa fungsi sikap terhadap persekitaran?
Sikap positif akan menghasilkan 3 matlamat:
  • Ia akan melahirkan emosi yang positif/baik terhadap kerja dan rakan-rakan di sekitar anda
  • Ia menambahkan sifat kreatif bagi menambah produktiviti anda
  • Ia memperbaiki personaliti anda dalam berhubung dengan persekitaran
  • Sikap dan sifat positif dalam pembentukan seseorang. Anda adalah apa yang anda fikirkan. Jika anda positif kerja di anggap mustahil boleh berjaya.

Kaedah mengubah sikap
  • Tentukan dahulu samada sesuatu masalah itu berpunca dari sikap atau faktor persekitaran. Jika berpunca dari faktor lain, usaha mengubah sikap tidak perlu dilakukan.
  • Apakah diri sendiri orang yang paling sesuai untuk melakukannya dan apakah pengaruh yang membawa kepada perubahan?Apakah kerana pengaruh ganjaran, kepakaran, paksaan, tauladan atau simpati?
  • Nilai diri apakah komponen yang paling mempengaruhi sikap untuk berubah? Apakah dengan mengubah persekitaran, pemikiran, pandangan dunia, perasaan, sistem nilai, tingkah laku, dan persekitaran untuk bertindak?
  • Tentukan pendekatan yang diperlukan untuk mengubah diri samada dengan secara langsung negatif; mengancam; mengkritik; menghina; mengenakan dendaan dan paksaan atau secara tidak langsung; menunjukkan tauladan silaturrahim dan perlakuan.
  • Mengenal pasti rintangan rintangan yang mungkin dihadapi serta cara mengatasinya, menentukan cara pengukuhan setelah berlaku perubahan; galakan atau dorongan dan mengubah suai pendekatan berasaskan kejayaan atau kegagalan.

 Sikap

Sikap orang yang berjaya
  • Mengubah kelakuan sendiri
  • Bekerja keras dan punya masa
  • Tahu bila mahu bersikap tegas dan mengalah
  • Menghormati orang lain dan sanggup belajar dari orang lain
  • Menggunakan masa untuk maju
  • Penekanan terhadap kemungkinan / (peluang)
  • Menerima pendapat orang lain
Sikap orang yang gagal
  • Cuba mengubah kelakuan orang lain
  • Terlalu sibuk membuat apa yang patut
  • Mengalah bila disoal dan mempertahankan perkara yang tidak penting
  • Tidak mahu melihat kelebihan orang lain cuma terhadap kelemahan mereka
  • Gunakan masa untuk mengelakkan kritikan
  • Penekanan terhadap masalah
  • Tidak mahu menerima pendapat orang lain

Your Decision

Keputusan ditangan anda, jangan biarkan sesiapa menghalang anda

Langkah 1
  • Jelaskan kenapa anda membuat keputusan tersebut.
  • Fikirkan berapa banyak masa yang anda ada.
  • Tuliskan matlamat anda dan bila ia patut dicapai.
Langkah 2
  • Fikirkan tindakan yang akan diambil
  • Cari maklumat yang berkaitan dengan situasi tersebut
  • Senaraikan pilihan yang terbuka untuk anda
Langkah 3
  • Senaraikan implikasi dan akibat dari setiap pilihan
  • Hapuskan pilihan yang tidak munasabah atau tidak anda perlukan
Langkah 4
  • Ikut setiap pilihan sampai tamat
  • Anda boleh mengikut lebih dari satu pilihan
  • Jangan membuang masa jika anda menamui jalan buntu.
Langkah 5
  • Tambah pilihan atau matlamat baru didalam tindakan anda
Langkah 6
  • Bila anda telah mencapai matlamat anda tuliskan matlamat baru dan had masa baru. Ikut langkah 2.
Langkah 7
  • Bila anda telah mencapai matlamat yang terakhir, anda sedang kearah mencapai kejayaan yang jitu.

Hilangkan ketakutan

Bagaimana untuk mendapatkan keyakinan diri.
Fasa 1 Kenalpasti diri anda
Langkah 1 : Bina fail kejayaan anda
Langkah 2 : Mempunyai sikap optimistik
Langkah 3 : Tukar sikap anda terhadap kegagalan
Langkah 4 : Berhenti dari menganggap kegagalan dimana-mana

Fasa 2 Ketegasan diri anda
Langkah 1 : Belajar menyatakan "TIDAK"
Langkah 2 : Bertanya

Matlamat-GOAL

Matlamat : Pendekatan "Smarter"

S
M
A
R
T
E
R
--
-
-
-
-
-
SpecificMeasuarable
Attainable
Reasonable
Time bound
Exciting
Rewarding
SpesifikBoleh diukur
Boleh dicapai
Berpatutan
Jangkamasa
Seronok / mengembirakan
Ganjaran

Prinsip pembentukan matlamat
  • Matlamat mestilah matlamat anda sendiri
  • Matlamat mestilah positif
  • Matlamat mestilah boleh di capai dan nyata
  • Matlamat mestilah ditulis
  • Matlamat mestilah spesifik

Mengapa tidak mempunyai matlamat
  • Boleh dijangkakan
  • Telah ditetapkan
  • Takut kehilangan / kekalahan
  • Takut kemenangan
  • Pengharapan yang terlalu tinggi

9 Fakta penting dalam mencapai matlamat anda
  1. Kuasai masa anda
    "Kegagalan merancang adalah Perancangan untuk gagal"
  2. Keputusan di tangan anda..Jangan biarkan orang lain menghalang anda.
    "Orang lain boleh menghalang anda buat sementara TAPI hanya ada seorang sahaja yang boleh melakukannya untuk selama-lamanya".
  3. Hapuskan ketakutan.
    "Jika anda takut mencuba, anda tidak akan pernah gagal. Tetapi takut untuk mencuba membuat anda tidak akan berjaya".
  4. Praktikan sikap positif
  5. Gambaran minda
    "Kejayaan bukan destinasi, ianya adalah perjalanan, anda perlu gambarkan arah kemana tujuan perjalanan tersebut".
  6. Bina imej diri positif
  7. Capai sebarang peluang yang mendatang
    "Peluang hanya datang sekali"
  8. Tuliskan matlamat anda dan semaklah ia selalu
  9. Ambil tindakan sekarang – Jangan cakap-cakap kosong sahaja.
    "Action speak louder than words"
    "1 % dari kejayaan adalah kerana bernasib baik. 99% lain adalah hasil usaha"

Keterampilan Pemimpin Berwibawa

Membentuk Kejayaan Diri
  • Menganalisa mengenali diri sendiri
  • Menyediakan matlamat hidup
  • Mempunyai wawasan sendiri
  • Mengenalpasti nilai dan prinsip dalam hidup
  • Sasaran – Perancangan dan matlamat untuk menjayakan sasaran bagi membolehkan berjaya dalam kerjaya

Mengenal diri sendiri
  • Anggapan kita mengenal diri sendiri
  • Diri kita dari kaca mata orang lain
  • Diri kita sebenar

Tiga jenis manusia
  • Mereka yang menjadikan sesuatu berlaku
  • Mereka yang melihat sahaja apa yang berlaku
  • Mereka yang bertanya apa yang berlaku

Penilaian diri
  • Memahami diri sendiri – kekuatan/kelemahan
  • Motivasi – kemahuan, semangat membara, keyakinan
  • Disiplin diri – menggunakan kekuatan diri dalam mengawal diri
  • Keimanan – Pedoman dan Pegangan hidup
  • Keyakinan – mempercayai kebolehan sendiri
  • Daya tarikan – personaliti dan imej diri
  • Perasaan – kebolehan mengawal perasaan
  • Sikap – Positif atau Negatif
  • Tenaga- tenaga yang berterusan
  • Semangat, kecergasan, kesungguhan
  • Berfikir kreatif – idea/strategi baru
  • Sasaran – sasaran dan standard diri sendiri
  • Matlamat – Matlamat dan perancangan sebagai kompas ke arah kejayaan
  • Pengurusan masa – Keupayaan membezakan antara keutamaan , segera, kepentingan, tidak penting segera.